Jumaat, 17 Disember 2010

‘WIRA SABAH’ SERAH MEMO KEPADA ‘WIRA’ KDN

Oleh: MUTALIB M.D

‘WIRA SABAH’, nama jolokan yang diberikan oleh lebih 3,000 penduduk Sabah yang menghantar email melalui Sabahkini.net kepada Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing (kiri), yang memuji keberanian beliau menerima cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mendedahkan bukti dakwaannya; telah menyerahkan bukti yang dijanjikan kepada Kementerian Dalam Negeri pagi tadi di Bangunan Parlimen.

Sejak Sabahkini.net mengeluarkan kenyataan Bumburing, ribuan email mencurah masuk ke email rasmi Sabahkini.net@gmail.com yang kebanyakannya memuji dan menghargai tindakan berani Bumburing menerima cabaran Hishamuddin yang gagal disambut oleh Ahli Parlimen Sabah sejak tiga dekad lalu; dengan memberi pelbagai gelaran kepada Bumburing termasuk 'Wira Sabah' dan 'Pahlawan Sabah Modern'; kerana keberaniannya menongkah arus.

Bumburing yang telah mengambil masa selama empat bulan untuk mengumpul bukti selepas menerima cabaran daripada Hishamuddin berhubung pertanyaan lisannya di Dewan Rakyat yang dikemukakan pada 16 Jun 2010; hari ini (16 Disember 2010) menyerahkan bukti pemberian kewarganegaraan Malaysia secara tidak sah melalui IC Projek, yang bertajuk ‘Memorandum Pembatalan IC Projek Milik Pati Di Sabah’.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Negeri Dalam Negeri, Dato Wira Abu Seman Yusof di Dewan Parlimen kerana Hishamuddin tidak dapat datang kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

“Saya sudah menunaikan tanggung jawab saya sebagai rakyat Sabah yang berbangsa Malaysia dengan menyerahkan memorandum ini dan saya harap agar KDN akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang berlarutan selama 30 tahun demi kedaulatan Sabah dan kebaikan bersama,” ujar Bumburing yang berpuas hati dengan penerimaan Dato Wira Abu Seman terhadap memorandum yang beliau sampaikan.

Wawancara Khas Sabahkini.net dengan Bumburing akan disiarkan dalam masa terdekat setelah Bumburing membuat kenyataan akhbar di Sabah esok.

25 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Tak sabar nak mendengar pendedahan lanjut mengenai isu ini.

Tanpa Nama berkata...

isu ini nampaknya semakin hangat. kita lihat perkembangan selanjutnya.

evan medhousky berkata...

saya harap usaha Bumburing ini tidak akan disia2kan oleh pihak kementerian dalam negeri. seluruh rakyat sabah menunggu tindakan selanjutnya dari pihak yang berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

sama-sama lah kita tunggu apa tindakan yang akan diambil oleh KDN.

Hosie Masie berkata...

Berani kerana kebenaran. itulah yang penting kepadapemimpin. jangan takut dengan semua ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Isu inilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Kita harap akan ada penyelesaian selepas apa yang berlaku.

Sanih Alias berkata...

Nantikan apa yang akan bakal berlaku selepas ini. Pendedahan mengenai ic palsu ini telah lama didengar. Kita nantikan apa yang akan berlaku selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

akhirnya datuk wilfred berjaya mengemukakan bukti pemberian kewarganegaraan Malaysia secara tidak sah melalui Projek IC..

Tanpa Nama berkata...

bukti yang diminta sudah diserahkan..apakah tindakan KDN seterusnya? adakah menteri berkenaan akan terus-menerus menafikannya?

Tanpa Nama berkata...

isu ini sudah lama didebatkan oleh pemimpin2 sabah kepada kerajaan persekutuan namun terus diendahkan dan dinafikan..malah turut mencabar untuk mengemukakan bukti..sekarang bukti sudah ada..tindakan seterusnya harus dilakukan..tidak perlu lagi berdolak-dalik semata-mata untuk melindungi pihak2/individu tertentu yang terlibat dalam isu ini..

Tanpa Nama berkata...

KDN harus mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut..diharap menteri dalam negeri mengambil serius perkara ini...cukuplah dengan segala sandiwara yang selama ini dilakukan..

Tanpa Nama berkata...

bukti sudah ada..apakah yang akan berlaku seterusnya? sama2 kita tunggu dan lihat perkembangan isu ini..

Paquin berkata...

Mcm tak sabar mahu tahu perkembangan lanjut,, hihi

Paquin berkata...

Kalau bukti yg diberikan sah & kukuh, saya yakin hal ni dapat diselesaikan secepat mungkin.

Paquin berkata...

Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Paquin berkata...

Sementara tu janganlah penuhkan kepala dengan andaian, nanti pening pula:P hehhee

Paquin berkata...

mike, jawapannya selepas ni... jeng, jeng, jeng....

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang berani mendedahkan masalah ini tetap dipuji.

onong berkata...

Lagi2 pasal Projek IC,bilakah masalah itu akan selesai?

chimchim berkata...

This issue has been politicized.

Velove berkata...

Isu Projek IC memang masih hangat diperkatakan namun nampaknya jawapan yang dicari masih samar2.

wake berkata...

Who's that so called hero of KDN?

Nemia berkata...

Don't play with emotions.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan memorandum ini akan mendapatkan perhatian pihak berkuasa.

Antanum berkata...

Keadaan di sabah sudah semakin teruk dengan kehadiran pendatang. Saya fikir untuk keluar dari belengu msalah ini, rakyat juga perlu mengambil bahagian/ peranan.