Jumaat, 3 Disember 2010

Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno


wan-azizah[1]Bahagian Pertama

Oleh Kim Quek

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail memukul tepat sasaran "kelemahan" Umno apabila beliau mengibaratkan konsep ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ideologi songsang, yang menjadi tempat penggantungan Umno sejak bertahun-tahun lamanya.

Ketika menyampaikan ucapannya pada Kongres Tahunan parti 27 November lalu, beliau berkata, konsep ‘Ketuanan Melayu’ digunakan oleh golongan elitis Melayu untuk memperdaya orang-orang Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

Namun hasilnya, majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti ‘melukut ditepi gantang’ walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun.

Menyeru orang-orang Melayu supaya membuang jauh-jauh ideologi itu, beliau berkata, konsep "Ketuanan Melayu" hendaklah ditinggalkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi saling hormat menghormati di antara kaum.

Mengikut standard demokrasi, seruan Wan Azizah untuk membuang faham perkauman harus dipuji sejajar dengan nilai fundamental yang diterima oleh setiap masyarakat di dunia ini.

Meskipun Malaysia terlepas dari kutukan dunia seperti mana yang dialami oleh dasar apartheid Afrika Selatan, suatu ketika dahulu, namun penyakit rasis masih kekal sebagai satu wabak yang menghancurkan integrasi nasional dan membantut perkembangan ekonomi.

Ketuanan Melayu tak dapat dipertahankan

Mungkin atas kesedaran bahawa ‘Ketuanan Melayu’ tidak dapat dipertahankan di mata dunia maka Umno kelihatan kehilangan punca bagaimana untuk respon terhadap asakan tanpa duga daripada Wan Azizah.

Untuk mendiamkan diri bermakna membenarkan kata-kata Wan Azizah dan ini boleh membawa padah dan masalah besar kerana melalui hasutan rasis sebeginilah Umno berharap dapat merentangi halangan pilihan raya umum akan datang. Jadi, bagaimana mungkin Umno dapat membebaskan diri dari mendokong konsep ‘Ketuanan Melayu’?.

Di samping itu, selagi Umno terus mempertahankan ideologi lapuk ini bermakna menarik kritikan dan penghinaan dari dunia luar. Ini tidak dapat dielak, memandangkan penggunaan peralatan komunikasi moden yang mampu membawa berita dan maklumat dengan sekelip mata maka kritikan dari masyarakat antarabangsa sukar untuk dibendung.

Jadi, selepas pulih dari kejutan yang dibuat oleh Wan Azizah, respon mula mencurah datang daripada para pemimpin tertinggi Umno tetapi alasan yang diberi sama ada tidak relevan atau mereka cuba mengelak dari menyentuh isu sebenar dan malah tidak ada yang berani berdepan dengan Wan Azizah.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan tegas daripada Wan Azizah itu sebagai langkah "menyelamatkan kapal yang sedang tenggelam" dan mengembalikan sokongan orang ramai selepas pepecahan dalam pemilihan parti PKR.

Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi pula berkata Wan Azizah "cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah serius dalam partinya."

Beliau berkata PKR mahu mengambil hati masyarakat Cina dan India bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi, beliau mengelak dari menyentuh isu ‘Ketuanan’.

Kerja kotor Perkasa

Seperti yang dijangka, kerja kotor ini dilemparkan kepada sayap ultra rasis Umno, Perkasa untuk menjawabnya. Ketua Pemudanya Arman Azha Abu Hanifah menyerang Wan Azizah dengan menyifatkan beliau sebagai "pelacur politik."

Beliau berkata beliau (Wan Azizah) dan pemimpin Melayu PKR yang lain terhutang budi kepada dasar ‘Ketuanan Melayu’ atas pencapaian profesional mereka dan sekarang ini mereka telah mengkhianati bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Cina dan India.

Lebih menarik, sikap kurang ajar dan tidak sensitif yang diperlihatkan Arman dengan menghentam para pemimpin Melayu yang lain menjustifikasikan seruan Wan Azizah untuk menolak mentaliti ‘Ketuanan Melayu’ bagi memulih semula penghormatan dan harga diri bangsanya.

Kenyataan beliau menyifatkan Wan Azizah sebagai "pelacur" merupakan satu penghinaan terhadap bangsanya sendiri.

Kenyataan beliau bahawa orang-orang Melayu tidak mampu mencapai kemajuan tanpa mendapat layanan istimewa disebabkan bangsa merupakan satu lagi penghinaan terhadap bangsanya sendiri.

ESOK: Bukti jelas perkauman Umno

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isu ini tidak pelulah dipolitikkan oleh sesiapa pun.

Tanpa Nama berkata...

tindakan Azizah menolak "ketuanan melayu' sebenarnya memakan dirinya sendiri.

Bujang Senang berkata...

Pukul tepat??Saya rasa belum lagi. Mungkin Perkasa adalah yang kena pukulan itu.

Tanpa Nama berkata...

"majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti ‘melukut ditepi gantang’ walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun."

Apakah teguran dan peringatan yang bersifat terus terang bertujuan untuk membangunkan minda Melayu ditafsir sebagai penghinaan? ia adalah peringatan kepada bangsa Melayu dari masa ke masa agar bangun daripada lamunan dan memperbaiki diri. Kenyataan seumpama itulah yang buat orang2 Melayu terbangun daripada lena yang panjang dan hasilnya hari ini Melayu tidak lagi dipandang sebagai bangsa yang miskin dan bodoh di negara ini. hanya orang yang tidak memerhati sekeliling mereka sahaja yang tidak menyedari hakikat bahawa Melayu semakin maju, dan hanya orang bodoh sahaja yang menyokong aktiviti liwat akan gagal menafsir apa yang diperkatakan oleh pemimpin lawan mereka.

Tanpa Nama berkata...

malah Sultan Selangor sendiri baru2 ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu tidak sepatutnya menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir pihak lebih2 lagi dikalangan bangsa Melayu sendiri. beginilah politik sempit yang dimainkan oleh pembangkang semata2 untuk menduduki kuasa tertinggi kerajaan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan rakyat sendiri pandai menilai isu ini dengan cara yang betul.

Unknown berkata...

Walau apa salah Wan Azizh, beliau patut dihormati. Apatah lagi Wan Azizh cuma berbeza aliran politik dengan UMNO tetapi digelar 'pelacur politik'.
Saya berpendapat Arman Azha Abu Hanifahlah yang mempunyai mulut seperti palacur.

Unknown berkata...

Awasi penipuan yang melemahkan kita.

gambir berkata...

53 tahun bukannya masa yang singkat untuk meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga. kalaupun ada orang melayu yang hidup seperti melukut di tepi gantang, saya rasa ianya dalam 20% saja yang begitu dan selebihnya tidak pula. bukan semua pun....negara-negara besar seperti US dan UK pun mengambil masa berjuta tahun untuk maju dan mantap dari segi ekonomi..inikan pula Malaysia yang baru setahun jagung? sekurang2nya Malaysia adalah negara terbaik di rantau Asia...tidak seperti negara-negara lain...tu buktinya BN dah berjaya menerajui negara ni.

gambir berkata...

ketuanan Melayu? siapa yang mulakan isu tu? dan siapa sebenarnya yang mensensasikan isu tersebut? tepuk dada tanya selera. kalau ia tidak diperbesar-besarkan, ia tidak akan timbulkan isu rasis...dan ia sepatutnya dibiarkan mati sendiri tanpa memperbesarkan isu konstroversi ni...

Paquin berkata...

Semoga isu ni tak dipolitikkan lagi. Tak bestlah kalau selalu ja ada timbul kontroversi.

Unknown berkata...

Semua kenyataan ini cuma pandangan peribadi dari penulis artikal ini, keadaan sebenar mungkin berlainan.

captain berkata...

Jika dipandang secara positif, UMNO boleh membaiki kelemahan tersebut. Kadang-kala sukar kita nampak kelemahan diri.

kb girl berkata...

Siapa yang iklas mempertahankan golongan tertidas, golongan miskin, golongan mundur?

Ketuanan Melayu penting atau Kepentingan golongan ini yang lebih penting?

elia berkata...

Ketuanan melayu...Jika melayu ma c mengangap diri mereka sebagai yang tertinggi maka masalah ini tidak akan pernah selesai.