Jumaat, 3 Disember 2010

Satu lagi mangsa rompakan Abu Sayyaf

abu sayyafOleh Ivan Ho

LAHAD DATU: Polis sedang menyiasat satu lagi rompakan di perairan Sabah yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf dari Selatan Filipina.

Dalam insiden terbaru di perairan laut Lahad Datu, di sebelah timur Sabah, enam anggota bersenjata yang menggunakan bot laju menaiki kapal Malaysia dan melarikan bahan petrol dan peralatan.

Bot tunda dari Tawau milik Syarikat One Up Sdn Bhd sedang menarik tongkang berisi 1,700 ton metrik kayu balak dalam perjalanan ke Sandakan.

Menurut sumber, sekumpulan enam lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah bot tunda memaksanya berhenti di Tambisan di perairan Tungku dekat sini Sabtu lalu kira-kira jam 2.30 petang.

Mengaku mereka dari kumpulan Abu Sayyaf, dengan bersenjatakan dua rifel M16 dan senapang separa automatik, mereka melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah bot tunda itu apabila ia tidak berhenti.

Tekong bot tunda itu akhirnya berhenti apabila peluru terbang berdekatan awak-awak dan mengena kipas dan enjin bot tunda itu.

Lima daripada lanun itu kemundian menaiki bot dan merompak wang tunai dan telefon bimbit daripada tekong dan empat awak-awak yang lain, kesemuanya berbangsa Bugis dari Indonesia dan memiliki permit kerja Malaysia.

Mereka juga mengambil alat Sistem Kedudukan Global (GPS), 7,000 liter diesel, enam bateri dan beberapa silinder gas masak.

Seorang awak-awak mendedahkan bahawa salah seorang daripada lelaki itu ketawa dalam bahasa Melayu yang fasih: "Terima kasih, kami akan datang lagi malam ini."

Tiada ulasan: