Rabu, 1 Disember 2010

USBO, NGO Pertama Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan

BERNAMA

KOTA KINABALU: Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota gabungan.

Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.

"Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai anggota gabungan.

"Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Salleh berkata, USBO turut merakamkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan dasar pintu terbuka BN dan gagasan 1Malaysia.

Salleh, yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah bagaimana pun berkata, USBO terlebih dahulu akan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan muktamad mengenainya.

Kenggotaan USBO terbuka kepada mereka dari keturunan Bajau, Bajo, Badjau, Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi, Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sibutu, Sikubung, Yakan, Sibaud, Ubian, Suluk dan Iranun.

Objektif utama USBO adalah untuk memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah dan pernah dikenali dengan nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) ketika ditubuhkan pada Jun 1964. Namanya ditukar kepada USBO pada 31 Ogos 2006.

27 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Bagus juga jika USBO menyertai BN, mereka bolehlah memperjuangkan hak bumiputra tempatan.

Mohd Ishak berkata...

Tapi keputusan ini masih belum mantap lagi.

tombolo berkata...

USBO menjadi NGO pertaman menyertai parti politik, selepas ini mngkin ada juga NGO2 yang mengikut jejak USBO.

zam berkata...

hasrat USBO ini menggambarkan sokongan NGO tersebut terhadap BN.

zam berkata...

tindakan USBO ini akan membolehkan USBO menjalinkan kerjasama yang erat dengan BN.

Tanpa Nama berkata...

ini menunjukkan bahawa para NGO juga menyokong BN.

lisa berkata...

Belum tentu lagi kalau mereka nak sertai BN. Tunggu saja la.

Tanpa Nama berkata...

bukanlah sesuatu yang memeranjatkan jika USBO menyertai BN sebagai anggota gabungan. ini kerana presiden USBO juga merupakan anggota BN yang sudah tentu mampu mempengaruhi ahli2 USBO untuk menyertai anggota gabungan itu.

Tanpa Nama berkata...

mungkin selepas ini pasti lebih ramai lagi NGO yang akan menyertai BN sebagai anggota gabungan. jika benar ini berlaku semakin tertekan lah pembangkang terutamanya Pakatan yang kononnya mahu merampas Puterajaya.

gambir berkata...

yalah USBO patutlah join BN..barulah mantap

gambir berkata...

satu keluar satu masuk...biasalah. SAPP keluar, USBO masuk...

gambir berkata...

berganding bahu menawan kubu-kubu utama Sabah lebih mantap...

gambir berkata...

nak tengok lebih ramai lagi NGO gabung..ngan BN..

gambir berkata...

lepas gabung, jangan pula sikit-sikit ugut keluar parti..macam budak-budak..atau suami isteri yang kejap rujuk kejap cerai...

Paquin berkata...

Bgslah ba tu.. Gabung jangan tak gabung.. hehhee

Paquin berkata...

Semoga hasrat ini mendatangkan segala sesuatu yang positif :)

Paquin berkata...

Semuanya dari USBO juga la. kalau mereka rasakan hasrat tu adalah yang terbaik maka teruskanlah :)

Paquin berkata...

Tapi pastikan semua hali bersetuju lah... Jangan belakang hari ada suara sumbang pula. hehhee

Paquin berkata...

saya harap semuanya berjalan lancar mengikut apa yang dihasratkan oleh usbo :)

Paquin berkata...

Apapun all the best... Jangan lupa kewajipan utama jaga kebajikan rakyat.

Unknown berkata...

Satu berita yang menarik untuk kita dengna kehadiran NGO yang mengumumkan penyertaan dengan BN.

Hamdan Hadillah berkata...

Ini bermaksud, USBO telah mempercayai dengan perjuangan BN yang selama ini. Ini sebab kenapa USBO mahu menyertai BN. Semoga USBO dapat membantu negeri Sabah ini.

Hamdan Hadillah berkata...

USBO yang bertujuan memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah. Maka dengan kerjasama dengan BN maka ini pasti akan dapat menguatkan lagi kepercayaan orang bajau dengan BN.

onong berkata...

Nampaknya makin ramai parti yang ingin berkongsi tawa riang dlm BN.

Antanum berkata...

Pada pandangan saya adalah lebih baik jika hanya ada satu parti sahaja yang berjuang untuk rakyat tempatan. hal ini kerana kita akan menjadi lebih kuat jika kita bersatu.

chimchim berkata...

Congrats.

Nemia berkata...

Seems like UMNO has a great influence.