Harakahdaily |
PARIT BUNTAR: Pemimpin Pakatan Rakyat mesti melakukan sesuatu supaya rakyat faham dengan tawaran 100 Hari itu dan mereka kekal dengan momentum anti BN. “Pimpinan PAS, DAP dan PKR perlu turun padang bagi menjelaskan program 100 Hari tersebut,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim. Katanya, ini kerana rakyat menaruh harapan tinggi agar kerajaan mampu mengatasi masalah besar yang melanda Malaysia pada hari ini, antaranya masalah jenayah, rasuah, salah guna kuasa, kemerosotan ekonomi, kemusnahan sistem kehakiman, dan yang paling mengusarkan hati ialah masalah salah faham Islam dalam kalangan umat Islam sendiri. Selain itu, katanya apabila pemimpin Pakatan turun ke bawah menjelaskan isu berkenaan sekaligus menyakinkan rakyat bahawa itu adalah suatu kenyataan yang boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila diberi mandat memerintah nanti. “BN nampaknya seperti sudah tidak mampu menangani permasalahan rakyat, respons awal Najib dan Muhyiddin menampakkan mereka menggelabah. “Saya kira strategi Pakatan Rakyat sudah mengena dan usaha turun ke bawah menjelaskan kepada rakyat dan mestilah disegerakan,” tegasnya yang juga Adun Titi Serong. Beliau juga bersetuju dengan cadangan "Buku Jingga" yang dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2, Ahad lalu diperbanyakkan dan disebarkan secara percuma kepada rakyat bagi memastikan pelbagai tawaran lain sampai kepada mereka. "Waktu sekarang mereka ada masa untuk baca, kalau parlimen dan Dun dibubarkan nanti, mereka tidak baca lagi, waktu itu sudah terlambat," katanya. Pakatan Rakyat juga, katanya perlu membentuk satu pelan jangka pendek, dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelan jangka masa panjang dalam misi menawan Putarajaya. “Pelan tersebut haruslah merangkumi gerak kerja dari peringkat pimpinan tertinggi parti dan di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat turun padang, bersua dengan rakyat bertujuan memperjelaskan program 100 Hari sebagaimana yang termaktub di dalam buku Jingga yang menjadi topik perbahasa dalam konvensyen, Ahad lalu,” ujarnya. |
Khamis, 23 Disember 2010
Turun padang perjelas tawaran 100 Hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
janji 100 hari yang diberikan itu nampak seperti tidak rasional.
apa pun terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang bijak. jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis.
kita lihat mampukah mereka tunaikan janji 100 hari tu.
Honestly, I don't really understand what is the 100 days program all about. It's sounds unrealistic.
apaun, sebaiknya jgnlah terlalu percaya dgn janji tersebut. kerana janji mereka sebelum ini pun blum lagi tertunai.
Rakyat boleh memikirkan sendiri mana baik dan buruk. Jika benar PR mahu memberikan 100hari janji itu. Percayakah mereka akan melakukannya??Mereka cuma mahu memancing undi dari rakyat..
Hopefully the people realize that politicians will say anything just to get the people support.
People should think more than twice before trusting every single words coming out from PR.
Layan sajalah gimik dorang.. huhuhu
Apapun saya setuju dgn pendapat fazlin, semuanya terpulanglah pada rakyat yang membuat penilaian.
Harap pihak yang berkenaan betul-betul turun padang.
Terpulang kepada rakyat, ingin memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk membutikan tawaran 100 hari....
bagaimana pembangkang mahu menunaikan janji 100 hari sedangkan janji PRU 12 masih banyak yang belum ditunaikan. mereka hanya tahu bohong dan fitnah serta mengelirukan rakyat semata untuk mendapatkan kuasa. buku jingga itu sekadar modal politik mereka bagi mengaburi mata rakyat setelah kekotoran demi kekotoran dan kelemahan PR didedahkan oleh media.
We should just wait and see what they can accomplish within 100 days. We will judge them after giving them the chance to prove themselves.
Catat Ulasan