| Mohd Sabri Said |
|
Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku. “Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini. Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri. "Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya. |
Ahad, 19 Disember 2010
Terjemah hasrat Pakatan untuk perintah negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan