Jumaat, 17 Disember 2010

SPR berjaya daftar 177, 857 pengundi baru

FREE MALAYSIA TODAY

sprKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berjaya mendaftarkan seramai 177, 857 pengundi baru dari Julai hingga 30 September tahun ini.

Daftar pengundi tambhaan itu mengandungi 205, 183 pemilih termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi, kata syu kenyataan SPR hari ini.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang, lapor Bernama.

Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

SPR bagaimanapun, belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Okt hingga 2 November lepas.

"Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan," kata kenyataan tersebut.

Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam senarai daftar pemilih tambahan.

Tiada ulasan: