Khamis, 9 Disember 2010

Speaker Tolak Usul Tergempar Bincang Usaha Parlimen Gantung Anwar

Oleh Suara Keadilan

AA1KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul tergempar Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali untuk membincangkan usaha Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Parlimen tanpa diberi peluang membela diri.

Speaker mennlak usul tergempar tersebur atas alasan berkata keputusan jawatankuasa itu belum lagi dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tindakan Pandikar Amin menyebabkan kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun meninggalkan dewan sebagai tanda protes dan bantahan mereka.

Terdahulu Azmin mencelah ketika perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa berlangsung untuk membentangkan usul tergempar beliau di bawah Peraturan Dewan 18(1).

Dalam hujahnya Azmin membidas Speaker kerana melanggar prosedur dan prinsip keadilan asasi apabila tidak membenarkan Anwar mengemukakan saksi, bukti serta dokumen dalam pembelaan beliau di hadapan panel Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin kepada media di lobi Parlimen.

Pandikar Amin dikritik hebat oleh anggota Pakatan Rakyat apabila berkata jawatankuasa berhak menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mendesak supaya Pandikar Amin tidak menarik diri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana bercanggah kepentingan.

"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal namun ditolak oleh Pandikar Amin.

Tiada ulasan: