Sabtu, 25 Disember 2010

SOKONGLAH GURU INI

Oleh : kamalruzaman man

"Pelik dan menghairankan" itulah antara apa yang berlegar dalam benak otak ini. Apa tidaknya seorang penulis yang bernama Kamariah Yeob yang menulis dalam Utusan online mempertikaikan janji Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru.

Tidak tahulah samada penulis tersebut seorang guru atau pencacai UMNO/BN. Beliau muskyil kerana Kesatuan Guru tidak memberi apa-apa respon atas janji Pakatan tersebut. Bagi saya kesatuan guru tidak memberi respon itu tandanya mereka bersetuju sebab imbuhanlah antara yang dituntut oleh kesatuan guru.

Memanglah semua guru berkorban untuk muridnya,ada guru yang sanggup membayarkan yuran murid miskin,menyediakan kelas tambahan yang tidak menentu masa dan tanpa dikenakan bayaran,membelikan pakaian muridnya yang lusuh dan koyak dan berbagai lagi kerja guru yang tidak semua orang tahu.

Saya juga seorang guru yang mengajar di pinggir bandar. Kerjaya seorang guru memang sangat menyeronokkan walaupun berbagai ujian yang terpaksa dilalui. Membantu murid miskin,mengajar murid cerdik dan lembam,membelanjakan sebahagian daripada gaji untuk kertas-kertas soalan,duit minyak kereta yang tak pernah orang lain ambil tahu sehinggalah menghabiskana sebahagian masa di sekolah semata-mata kerana murid tersayang yang masa depannya dicorakkan oleh gurunya.

Anda bayangkan bagaimana menghabiskan masa di sekolah dengan mengadakan kelas tambahan seperti kelas pagi,kelas tambahan petang,kelas tambahan malam,kelas tambahan hari Sabtu sehinggalah kelas tambahan musim cuti sekolah. Seronok tetapi kadang-kadang penat jugak.

Siapa yang peduli ? Tidak ada bayaran yang dikenakan,minyak tak payah isi cuma cedok air parit dan masukkan dalam tangki. Tak payahlah makan dan minum memadai dengan minum air sejuk sekali sehari,tak payah balik kampung, tak payah bercuti dan semuanya tak payah. Bukan masalahanya bersungut tetapi bila ada pihak yang berjanji untuk memberikan sedikit imbuhan sepatutnya semua guru memberi respon yang baik dan mengalu-alukannya seterusnya memberikan sokongan yang sepatutnya pada pihak yang berkenaan

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah dan sebahagian daripada janjinya telah ditunaikan,golongan guru haruslah memberi sokongan padu kerana mereka perihatin dengan masalah guru . Imbuhan RM500 sebulan sudah tentu banyak membantu guru mempertingkatkan lagi kualiti kerja demi anak bangsa di negara Malaysia tercinta ini. Imbuhan tersebut tak payah Puan Kamariah ambil dan serahkan kembali kepada kerajaan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan,guru merupakan aset penting negara tetapi bidang perguruan kadang-kadang dianaktirikan. Walaupun kita tidak berpolitik tetapi undi kita menentukan masa depan kita dan negara kita. Kepad pihak yang beriltizam untuk membantu kalangan guru,kami sangat-saangat mengalu-alukan dan kami juga tidak teragak-agak memberi sokongan jitu dalam pilihanraya akan datang. Kepada kesatuan guru berubahlah dari "yes sir" kepada isu-isu yang memberi manfaat kepada guru keseluruhannya.

Tiada ulasan: