Isnin, 6 Disember 2010

Samy Vellu letak jawatan presiden MIC



KUALA LUMPUR — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.

Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

“Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC),” kata beliau.

Tiada ulasan: