Jumaat, 3 Disember 2010

Salahuddin persoal kenaikan harga minyak

Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Dalam kenyataaanya kepada Harakahdaily, Salahuddin yang melahirkan kebimbangan dengan ura-ura kenaikan itu menegaskan, petrol RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.
Kelmarin kerajaan telah menaikkan harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Ura-ura RON 95 turut akan dinaikkan mula diperkatakan hari ini ekoran keputusan kerajaan mahu menyelaraskan kadar subsidi dimana akan berkuatkuasa malam ini.

Beberapa portal berita melaporkan kemungkinan keputusan rasmi mengenai kenaikkan tersebut akan diumumkan pada petang ini.

Kata Salahuddin sekiranya (kenaikan itu) berlaku ia sangat mengecewakan.

Ditanya sebarang tindakan susulan oleh PAS berhubung perkembangan tersebut sekiranya berlaku, Salahuddin berkata ia belum difikirkan setakat ini tetapi apa sahaja dasar kerajaan yang tidak munasabah dan membebankan rakyat akan dibantah keras oleh PAS.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Dalam perkembangan semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angka tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya rkyat kena menerima kenaikan ini walaupun ia satu bebanan.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga adalah akibat daripada kenaikan harga pasaran.

Unknown berkata...

Apa pun semoga kerajaan dapat mengawal kenaikkan harga barang. Biarlah minyak naik tapi pastikan harga barang tidak akan naik.

Hamdan Hadillah berkata...

Kenaikkan ini dapat diterima tapi perkara yang tidak dapat diterima kenaikan harga barang pada akan datang. Kita mahu kerajaan menetapkan harga barang supaya tidak naik.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kenaikkan ini diselaraskan dengan pendapatan rakyat di semua negeri. realiti pada hari ini, ada golongan yang mampu dan ada juga yang tidak. selagi tidak ada perubahan dalam tingkat pendapatan, selagi itu golongan miskin akan terus terbeban dan jurang pendapatan tidak akan berubah malah semakin jauh.

Tanpa Nama berkata...

daripada PAS sibuk mempersoalkan kenaikan petrol sebanyak 5 sen, lebih baik PAS persoalkan kenaikan harga rumah di Pulau Pinang sehingga mencecah RM540,000 seunit. malah ada rumah2 yang disediakan bukan untuk orang Melayu atau penduduk Pulau Pinang..

Unknown berkata...

Dalam hal ini,kita tidak boleh salahkan kerajaan kerana kenaikan harga adalah akibat daripada kenaikan harga pasaran. Terpaksalah kita terima kenaikan harga tersebut.

Unknown berkata...

Dengan kenaikan harga, semua rakyat haruslah belajar menjimatkan duit. Beli barang keperluan sahaja dan kurangkan makan di luar.

Anak Sabah berkata...

Kenaikan harga minyak ini bukan apa-apa yang baru. Rakyat dah biasa dengan hal seperti ini.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kenaikan harga ini tidak terlalu membebankan rakyat.

Unknown berkata...

Tibalah masa kita memikirkan cara lebih menjimat dan mesra alam.

Unknown berkata...

Kenalah kayuh basikal. Tapi keadaan jalanraya tidak selamat, apa boleh buat?

maya berkata...

bila proton nak kenalkan kereta hibrid yang lebih murah pada rakyat? bolehlah jimat minyak...

maya berkata...

http://www.facebook.com/notes/sarawak-update/malaysia-petrol-price-/474043506870

"the price per litre for RON95 petrol is RM2.46 in Indonesia, RM4.36 in Singapore and RM4.25 in Thailand, while the price per litre for diesel is RM2.50 in Indonesia, RM3.18 in Singapore and RM2.96 in Thailand".

DAN DI MALAYSIA HARGA RON95 BERAPA???

well bukannya sokong kenaikan harga tu cuma...sekurang-kurangnya kerajaan masih lagi baik hati pada rakyatnya. kenaikan tu mengambilkira masalah kenaikan global harga minyak yang tidak boleh dibendung lagi..

maya berkata...

kalau harga minyak masih kekal pada harga lama, ia akan menjejaskan kewangan negara..yang tempiasnya akan terkena pada rakyat juga...so mana lebih baik? menstabilkan kewangan negara dahulu dan rakyat terpaksa berkorban seketika? ATAU mengambilkira rakyat dahulu dan membelakangi kewangan negara..dan rakyat akan tersiksa selama-lamanya?

maya berkata...

rakyat pun kenalah berjimat cermat guna minyak. kalau dahulu suka jalan sana sini, sekarang kena kawallah pembakaran minyak tu...kurangkan melancong sana sini...

maya berkata...

teruskan bagi subsidi pada rakyat yang memerlukan...pembangkang tu suka nak kaitkan isu kenaikan harga minyak dengan kemiskinan rakyat...tetapi, bukankah pemberian subsidi tu sebagai satu langkah untuk mengurangkan bebanan yang benar-benar layak menerimanya?????? maksud disini, ada yang mampu 'bayar' lah.

Paquin berkata...

Semualah persoalan... Jawapannya takda ke???

Paquin berkata...

Memang geram lah dengar harga naik kan, tapi apa lagi yang kita boleh buat??? Bukankah kenaikan tu kesan daripada kenaikan harga pasaran???

Paquin berkata...

Lain cerita la kalau kerajaan suka2 kasi naik.. Konpom aku pun mengamuk tahap dewa! hahhaa

Paquin berkata...

Saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik. Walaupun harga naik, pastikan rakyat tak terbeban sangat.

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni taklah dipolitikkan bagi mengurangkan ketegangan yang timbul.

Unknown berkata...

Kenaikan harga minyak kali ini agak terkejut. Datang secara senyap.

captain berkata...

Rakyat diutamakan.

Inilah selogan.

kb girl berkata...

Saya rasa bukan saja Salahuddin yang persoalkan kenaikan harga minyak kali ini, semua rakyat Malaysia turut mempersoalkan tindakan kerajaan ini.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa banding harga minyak di Malaysia dengan negara-negara jiran? Tahukah anda Singapura tidak mempunyai minyak sendiri jadi mereka harus MEMBELI minyak dari luar, lalu menjual kepada rakyat dengan harga yang tinggi?

Unknown berkata...

Kelihatan rakyat langsung menerima kenaiikan minyak dengan hati yang tabah. Rata2 dapat menerima keputusan kerajaan dengan baik. Jadi tidak ada masalah bagi kebanyakkan rakyat, tapi xtahu la pula segelintik rakyat itu.