Isnin, 20 Disember 2010

Rakyat berubah, BN rebah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno BN takut berlaku perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah berjaya dengan jayanya.

Katanya, konvensyen telah berjaya mencapai matlamatnya.

“Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan, Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.

Katanya lagi, Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Beliau menambah, cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

“Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mencabar pemimpin BN memberi peluang kepada PR dahulu dalam masa 100 hari kepada PR untuk membuktikan sama ada janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka, tambahnya akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat kerana itulah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.

Sebaliknya, kata beliau mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka.

Untuk itu, menurutnya PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara di mana PAS sudah membuktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.

Tambahnya, Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

“Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukannya.

“Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insya Allah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

20 ulasan:

samm berkata...

siapa yang tidak mahu berubah sebenarnya, BN atau PR? rakyat pasti tahu membuat penilaian sendiri.

samm berkata...

PR tidak perlu memburukkan UMNO. lihat saja di Kelantan yang kononnya ditadbir dengan baik tapi masalah air masih juga berlaku di sana.

nickko berkata...

Pemimpin2 Pakatan terutamanya PAS tidak banyak yang memahami masalah rakyat sebaliknya lebih banyak mencari masalah dengan pemimpin negara di peringkat nasional. lihat sahaja setiap kenyataan mereka dimana2 media pasti banyak yang berbentuk pembohongan atau fitnah terhadap BN. kadang2 kenyataan mereka membuatkan rakyat berfikir samada mereka2 ini masih waras atau tidak. mereka tidak berminant untuk membela rakyat sebaliknya sekadar mahu berkuasa..

nickko berkata...

hasil 20 tahun PAS mentadbir kelantan:

1. Tiada peluang pekerjaan menyebabkan golongan muda meninggalkan negeri kelantan,

2. Pil kuda berleluasa di kalangan pelajar sekolah di kelantan,

3. meraih tempat pertama jumlah penghidap HIV tertinggi di Malaysia,

4. Judi haram berleluasa,

5. Kegiatan GRO dan pelacuran bertambah kerana banyak kedai2 karaoke dan restoran tumbuh di kelantan,

6. Waktu ceramah politik masjidnya penuh kerana minat mendengar penyebaran fitnah dan sesi kutuk-mengutuk kerajaan

7. Sekolah2 agama digunakan untuk menguatkan pengaruh politik pemerintah dengan sesi ceramah dan mengutip derma dan bukannya sesi pengajaran dan pembelajaran yang diutamakan.

8. Pemimpin perlu berpakaian seperti orang alim walhal melakukan pelbagai perkara buruk seperti berkhalwat, rasuah, bolot kontrak, salahguna subsidi dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

jika dilihat pemerintahan BN lebih baik dari pembangkang.

Jason berkata...

Terpulang kepada rakyat. Yang penting, rakyat bijat menilai.

Tanpa Nama berkata...

tk begitu mudah untuk BN rebah.

Hamdan Hadillah berkata...

BN rebah??atau pembangkang yang rebah??

Mohd Ishak berkata...

Biarlah rakyat sendiri yang mengundi kerajaan yang mereka mahukan.

Mohd Ishak berkata...

Harap semua parti bersedia bertanding dalam PRU tidak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

Burung unta menyorok kepala mereka dalam pasir konon musuh tidak nampak mereka.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia sedang berubah, bukan setakat berubha malah berubah dengan pantas.
Sekiranya BN tidak menyusun langkah mendahului langkah rakyat, sudah pasti BN akan ditinggalkan.

Unknown berkata...

Senario politik Malaysia semakin serupa dengan Taiwan.
Guo Ming Dang digantikan setelah lebih setengah abad mengcengkam Taiwan.
Tetapi kembali berkuasa setelah dua penggal bertransformasi.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tetap setia jika kerajaan BN menepati KPI rakyat.

Tanpa Nama berkata...

BN mengikuti langkah rakyat berubah.

Paquin berkata...

Terpulanglah kepada rakyat utk membuat pilihan. Namun saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik :)

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu & lihat sajalah nanti.. Politik ni sukar utk diramal.

POP berkata...

Kalau rakyat tidak bekerjasam, bagaimana nak bersatu padu?

Antanum berkata...

BN kena bekerja keras agar rakyat tidak akan berubah...

Unknown berkata...

Berani berubah, rakyat patut dipuji.
Perubahan membawa nafas baru kepada negara dan masyarakatnya.