MALAYSIA KINIKerajaan Persekutuan akan memajukan Pulau Pinang sebagai sebuah hab yang terpenting di rantau ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Perdana Menteri berkata pembangunan di Pulau Pinang akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan demi kepentingan negara.
Najib berkata 10 projek infrastruktur yang dikenal pasti termasuk pembesaran lapangan terbang itu, Pelabuhan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.
"Kesemua inisiatif ini bukan saja menggerakkan pelbagai aktiviti ekonomi tetapi juga menyokong objektif negara untuk meningkatkan pendapatan daripada pelancongan daripada RM53 bilion pada 2009 kepada RM168 bilion menjelang 2020," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan