Jumaat, 3 Disember 2010

Projek Terbengkalai: Akta Pemajuan Perumahan dipinda

BERNAMA

25682472_1 KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menangani projek perumahan terbengkalai di negara ini.

Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata pihaknya sedang dalam proses mengkaji pindaan agar peruntukan khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek perumahan.

"Sungguhpun begitu, KPKT buat masa kini ini tetap melakukan penguatkuasaan dengan peruntukan sedia ada di bawah akta itu dengan kaedah seperti penyiasatan dan pemeriksaan atas laporan pemantauan projek, kompaun dan pendakwaan, senarai hitam pemaju dan pengarah syarikat," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Chor berkata beberapa langkah dilakukan bagi menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai termasuk melaksanakan pemantauan dan penyelarasan yang lebih rapi dengan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai.

Beliau berkata pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan tiga kumpulan kerja itu menumpukan kepada penetapan dasar kemajuan perumahan negara, pemantapan pemulihan projek dan penguatkuasaan undang-undang.

Mengena projek perumahan terbengkalai, katanya perundingan dengan pihak berkepentingan dalam pemajuan perumahan sentiasa diadakan seperti pemaju perumahan, pembiaya, Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah (HBA) serta Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA).

Sementara itu, sebanyak 161 projek dengan jumlah 50,614 unit rumah yang diisytiharkan terbengkalai dilaporkan sehingga Selasa lepas.

"Daripada jumlah tersebut, terdapat 5,573 unit (11 peratus) merupakan rumah kos rendah dan 8,687 unit (17 peratus) rumah kos sederhana," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang menangani masalah ini dan setakat ini sebanyak 51 projek itu dapat disiapkan, 58 dalam peringkat pemulihan dan bakinya masih lagi mencari kontraktor penyelamat.


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap langkah yang diambil ini dapat mengatasi masalah projek terbengkalai.

Tanpa Nama berkata...

Akta pemajuan mmg perlu dipinda bagi memastikan tiada pemaju yang bersikap sambl lewa dalam melaksanakan projek2 perumahan.

Hamdan Hadillah berkata...

Para pemajua yang tidak menyiapkan perumahan yang mereka bina harus siambilkan tindakkan. Ini pengajaran kepada mereka sekiranya melakukan kerja separuh jalan.

Tanpa Nama berkata...

selain dari menangani projek perumahan terbengkalai, mungkin lebih baik jika KPKT juga dapat menangani masalah pembinaan rumah yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. keselamatan penghuni rumah lebih penting berbanding dengan jumlah rumah yang dibina.

Unknown berkata...

Semoga langkah meminda akta dapat menangani masalah projek perumahan terbengkalai di negara ini. Pastikan semua projek tersebut akan diteruskan. Jangan biarkan projek itu begitu sahaja.

Anak Sabah berkata...

Ya, akta ini seharusnya dipinda supaya boleh mengurangkan masalah yang tidak dimahukan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan juga tindakan yang serius akan diambil terhadap konraktor yang tidak bertanggungjawab.

Unknown berkata...

Akta yang lebih baik dan mampu melindingi pembeli rumah dari rugi kerana projek terbengkalai harus diperkanalkan.

Unknown berkata...

Senarai hitamkan pemaju tidak cukup, kalau boleh sumbat mereka masuk penjara.

maya berkata...

projek sakit perumahan banyak yang tak siap tu..bukan salah kerajaan. yang salah ialah pemaju...isu kenaikan harga minyak pun sedikit sebanyak meningkatkan harga simen dsbnya...dan kadangkala ada pemaju sanggup digelar muflis berbanding menyiapkan projek tu sebab kos menyiapkan lebih tinggi berbanding muflis..at least muflis bayar sikit-sikit...

maya berkata...

baguslah akta pemajuan dipinda..ia untuk penambahbaikan..takkan kita tak boleh pinda akta kalau ia tidak sesuai lagi digunakan dalam era mencabar sekarang ni?

Paquin berkata...

Bagus la... Saya harap akta dapat mengatasi masalah2 projek yang terbengkalai.

Paquin berkata...

Semoga dengan pindaan akta ni, takda lagi isu projek terbengkalai yang timbul.

Unknown berkata...

Sakit hati apabila wang yang dikumpul lama lenyap kerana pemaju rumah yang tidak berhati perut ini.
Langkah kerajaan membantu pembeli patut dipuji.

captain berkata...

Keadaan ini sudah berlanjutan cukup lama. Ynag untung pemaju rumah yang lari.
Pembeli yang sengsara.

kb girl berkata...

Harap pemindahan yang dilakukan dapat menghapuskan semua kelemahan yang merugikan pembeli rumah.

Unknown berkata...

Segala punca kepada masalah ini, harap dapat dikenalpasti dan jalan penyelesaian ditemui dalam kadar yang segera.