Sabtu, 4 Disember 2010

Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen

TERKINI

PUTRAJAYA— Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.

Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.

Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

“Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.

Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.

“Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Salah satu pendekatan untuk mengurangkan kos ialah merasionalkan subsidi kita sebab subsidi keseluruhan Malaysia adalah paling tinggi berbanding negara lain. Subsidi kita tidak sasarkan pada (kumpulan) rakyat miskin,” katanya.

Oleh itu kata beliau, penjimatan daripada pelarasan subsidi akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang-bidang lain dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap harga barang-barang lain tidak akan turut mengalami kenaikan.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya rkyat kena menerima kenaikan ini walaupun ia satu bebanan.

Sanih Alias berkata...

Ini akibat daripada pasaran dunia. Maka kenaikkan ini bukan disegajakan oleh kerajaan.

Unknown berkata...

Harap kerajaan akan cuba untuk mengawal kenaikkan harga barang-barang. Kurangkanlah beban kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

saya harap hasil dari penjimatan subsidi kerajaan ini benar2 dapat disalurkan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang2 lain dalam Program Transformasi Kerajaan. tidak ada gunanya kerajaan melakukan penjimatan sekiranya tidak ada perubahan dalam negara. sudah tentu rakyat akan menanti perubahan itu setelah beban kewangan kerajaan turut dipikul sama oleh semua rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

walaupun Malaysia merupakan negara yang memberikan subsidi tinggi kepada rakyat berbanding dengan negara2 jiran yang lain, itu tidak bermakna kerajaan boleh menaikkan harga barang secara mengejut. sudah tentu rakyat tidak mampu menerima kenyataan ini setelah terbiasa dengan bantuan subsidi untuk sekian lama. lebih baik jika kerajaan dapat menyeimbangkan kenaikan ini sesuai dengan pendapatan rakyat di seluruh negara.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel sudah tentu menyebabkan kenaikan harga barangan lain kerana kos pengangkutan..jadi sudah tentu akan ada peniaga dan peruncit mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan jualan mereka terutama sekali di kawasan pedalaman..apakah jaminan pihak kerajaan untuk melindungi hak pengguna dari kerakusan para peniaga dan peruncit yang tamak?

Tanpa Nama berkata...

seharusnya kenaikan harga barangan harus diselaraskan dengan pendapatan rakyat terutama mereka yang bekerja di sektor bukan kerajaan..gaji minimum seharusnya didahulukan sebelum harga barangan dinaikkan..harga barangan yang semakin mahal namun dengan pendapatan yang kecil akan menambah bebankan lagi golongan berpendapatan rendah..sekaligus, ketidakseimbangan ini akan membawa kepada lebih ramai penduduk miskin..matlamat negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi akan tinggal matlamat..

Tanpa Nama berkata...

penyelarasan subsidi ini agar defisit dapat dikurangkan..penjimatan ini akan digunakan untuk pembangunan negara terutama di kawasan2 luar bandar dll...diharap wang penjimatan ini akan sampai kembali kepada rakyat dan hasilnya dinikmati..

Tanpa Nama berkata...

kesan daripada keputusan kerajaan ini akan lebih dirasai dan merupakan beban baru yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana..oleh itu, langkah2 'pembaikan/penyembuhan' kepada kesan2 negatif itu perlu ada..

Unknown berkata...

Tia abis2x harga naik ini tahun. Harap2x tiada lagi kenaikan harga barang.

Unknown berkata...

Apapun kita terpaksa menerima kenaikan harga barang di pasaran.

Anak Sabah berkata...

Harga petrol ini mengikuti harga sedunia, rakyat masih boleh memilih Ron95 jika merasakan Ron97 semakin mahal.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan rakyat tidak mengalami bebanan yang berat disebabkan peningkatan harga ini.

amy berkata...

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak terbaik di dunia, tapi rakyat menggunakan kualiti minyak yang sangat rendah.

Jangan dibandingkan dengan harga minyak di negara jiran, masalahnya mereka tidak mempunyai minyak, mereka terpaksa beli dari luar negara, pasal itulah mahal! MALAYSIA pula negara pengeluar minyak! Tapi harga minyak sentiasa naik, kononnya rakyat menggunakan terlalu banyak subsidi. Hasil keuntungan daripada minyak NO 1 kita itu patutnya jadi subsidi minyak di negara kita!

Unknown berkata...

Masalahnya rakyat tidak pernah merasakan penjimatan dari subsidi minyak.

Unknown berkata...

Bukankah kerajaan pernah berjanji harga minyak tidak akan naik dalam tahun ini?

maya berkata...

http://www.ar-rifke.com/2010/12/petrol-price-increase-harga-petrol-2010-naik-5-sen-gula-naik-20-sen.html

"petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand".

Malaysia BERAPA?

maya berkata...

bagus lagi kita berkorban sekarang demi untuk kestabilan kewangan negara. kalau kestabilan kewangan negara tidak dijaga..akhirnya siapa juga yang menderita...sendiri juga yang susah..pilihlah yang mana satu.

maya berkata...

baguslah harga gula dinaikkan...kalau tidak Malaysia akan jadi rakyat yang antara penghidap diabetes tertinggi. cuma ada pula restoran yang suka naikkan harga minuman..

maya berkata...

subsidi untuk Ron 95 dan diesel ada diberikan pada rakyat yang memerlukan. bukannya kerajaan tidak prihatin???

maya berkata...

kurangkan gula tetapi tambahkan manisan dalam senyuman walau harga petrol dan diesel naik...:)

Paquin berkata...

Aduii naik lagi... huhuhu
Banyak benda dah naik, tapi gajiku macam tak pula pandai naik. huhuhu

Paquin berkata...

Semoga kenaikan ni taklah membebankan rakyat sangat. Kerajaan pun kenalah cari alternatif utk terus membantu rakyat berdepan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Paquin berkata...

Memang geram lah dengar harga naik kan, tapi apa lagi yang kita boleh buat??? Bukankah kenaikan tu kesan daripada kenaikan harga pasaran???

Paquin berkata...

Lain cerita la kalau kerajaan suka2 kasi naik.. Konpom aku pun mengamuk tahap dewa! hahhaa

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni taklah dipolitikkan bagi mengurangkan ketegangan yang timbul.

Unknown berkata...

Lubang kocek semakin besar. Duit berpeluh darah sukar disimpan.

captain berkata...

Susahlah kita yang pendapatan cukup-cukup makan saja.

kb girl berkata...

Saya tidak bantah gula naik harga tetapi ron 95 naik tidak patut naik.

Antanum berkata...

Jadi adakah gaji kepada pekerja2 juga akan ditinggkatkan??