KOTA KINABALU: PKR Sabah kembali mengingati peristiwa pertarungan sengit merebut jawatan ketua parti di negeri itu dan kini sudah tiba masanya untuk mencalonkan seseorang untuk jawatan itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka terbang ke Sabah minggu depan untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pelantikan Ketua PKR Sabah.
Sumber dalaman parti memberitahu bahawa mesyuarat kedua dijangka bertukar menjadi rumit kerana seorang lagi ahli politik telah memulakan kempennya.
Buat masa sekarang selain penjawatnya, Ahmad Thamrin Jaini, calon Batu Sapi yang tewas, Ansari Abdullah turut bersaing.
FMT diberitahu bahawa ahli politik veteran, Karim Ghani yang menyertai PKR seminggu yang lalu memberitahu sebilangan pemimpin PKR bahawa beliau berupaya menyatukan puak-puak bertentangan di dalam parti sekiranya dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.
Beliau yang meninggalkan Umno dan BN tiga bulan yang lalu, dilaporkan cuba memperoleh sokongan daripada ketua-ketua cabang PKR Sabah menerusi panggilan telefon.
Karim baru seminggu dalam parti
"Tapi mereka berkata Karim hanya berada dalam parti selama satu minggu…..apa yang membuatkan beliau begitu yakin akan dapat sokongan pemimpin PKR Sabah?" soal sumber dalaman parti.
Ketika sidang akhbar pengumuman kemasukannya ke dalam PKR, Karim yang merupakan antara pengasas Umno Sabah dan Parti Usno ditemani Halik Zaman dan bekas senator, Kalakau Untol.
Menurut sumber, kepimpinan pusat PKR teah mengarahkan Saifuddin untuk kembali ke Sabah kerana mereka mahu mendapatkan pandangan timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang berada di Singapura ketika mesyuarat kali pertama diadakan.
Menurutnya, perkara ini akan diselesaikan sekiranya Ansari mengundurkan diri dari pertandingan jawatan ketua.
"Beliau tewas teruk di dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat…..dari sejumlah 132 calon, beliau mendapat tempat yang lebih baik sedikit dari tempat terakhir.
Ketika beliau menjadi ketua PKR Sabah PKR kalah teruk namun masih mahu menjadi ketua…..apa jenis ketua ini?" soal ahli parti," kata sumber tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa ia adalah sangat penting untuk PKR Sabah melantik pemimpin yang mendapat sokongan dari kesemua 25 cabang agar parti dapat memberi impak dalam pilihanraya umum ke -13.
28 ulasan:
bersaing lah dgn adil.
pastikan persaingan ini tidak menimbulkan masalah yang lain pula.
apa pun, terserah kepada PKR Sabah sendiri untuk menentukan ketua mereka.
Biarlah PKR menyelesaikan masalah ini sesama diri.
bersedialah menghadapi kekecohan.. bagi PKR kekecohan itu sudah sebati dengan PKR dalam setiap perebutan jawatan.
pasti sukar untuk PKR membuat keputusan kerana semua ahli2 PKR terdiri dari ahli2 lompat yang sudah tentu mengharapkan jawatan dalam parti. sedikit kesilapan pasti akan mengundang rasa curiga atau rasa tidak puas hati...
nampaknya masing2 ingin berkuasa dan berkedudukan dalam parti..
biarlah persaingan ini dilakukan dgn adil, jgn seperti sebelum ini. timbul kekecohan.
mungkin pertarungan sengit ini akan berubah kepada kemelut dalaman parti PKR..
apa2 pun, terserah kepada PKR..kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.
Diharapkan mereka akan bersaing secara adil.
May the best man win!
Nampaknya PKR telha mula untuk mencari calon Ketua PKR di Sabah. Ansari ikut serta sekali bagi menebus kekalahan yang berlaku baru-baru ini.
Harapan kita biar calon yang terpilih nanti adalah yang berjuang untuk rakyat dan bukan hanya gilakan kuasa pemerintah sebagai ketua.
Elakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini berlaku nanti. Kita mengharapkan semoga rakyat akan memilih yang terbaik pada akan datang.
Kenapa tidak. Mereka jangka PR beperluang memenangi PRU akan datang, siapa yang jadi Ketua PKR Sabah sudah tentunya KM Sabah.
Pandai2lah dorang pilih ketua dorang sendiri. Cuma saya harap tidak lagi berlaku kekecohan la. hehe
Tau lah PKR ni kan.. Ada2 ja yang timbul. Sesama sendiri pun ada masalah.. hhmmm..
Betul juga tu darshania. Sedikit ja langkah sumbang konpom banyak tak puas hati.. hmm..
opps sorry komen ke-3, salah post:)
Saya cuma harap pemilihan tu berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Saya pub mahu tengok juga sampai mana PKR boleh menguruskan parti mereka dgn sempurna.
Apapun, selamat berjuang dan all the best.
Kali ini semua ahli PKR berpeluang memilih ketua mereka.
Siapa berkebolehan dialah yang dapat. Ketua PKR Sabah, KM Sabah sekiranya pr memenangi pilihanraya negeri Sabah.
Jawatan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Melabur sekarang dan menuai sekiranya PR berkuasa.
Saipa akan menang?
Siapa pun yang menjadi ketua PKR pada masa akan datang, semoga ada perubahan Dalam PKR...
Apa tujuan mereka merebut kerusi ini? Jelas sekali, mahukan kuasa.
Catat Ulasan