Selasa, 7 Disember 2010

PAS ucap tahniah kepada peserta bantah kenaikan tarif air

FREE MALAYSIA TODAY

pasPETALING JAYA: PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara semalam.

‘Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun ke bawah datang untuk menyatakan bantahan.

‘Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU (pilihanraya umum) akan datang.

"Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka.

"Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ribuan orang berkumpul di perkarangan masjid negara sebagai menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan pusat mahu mengswastakan air di negeri itu.

Bagaimanapun. himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis menyebabkan ada yang tercedera.

"Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang.

"Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini.

"Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat," katanya.

Tiada ulasan: