Khamis, 9 Disember 2010

Ng Suee Lim :Masalah beg plastik dibendung bersama

SELANGOR KINI

SEKINCHAN – Penduduk di sekitar Sekinchan disaran supaya bekerjasama bagi membendung masalah beg plastik yang dikatakan bersepah di pesisiran pantai kawasan tersebut, jika tidak perkara ini akan mengundang pencemaran yang tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, menyeru supaya tabiat membuang sampah terutamanya plastik beg, hendaklah dikikis oleh penduduk supaya amalan buruk ini tidak diwarisi oleh anak-anak mereka.

“Maka saya seringkali menyeru penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan agar memberi kerjasama supaya jangan membuang sampah merata dan menjaga kebersihan sama-sama,” jelasnya.

Menurut Ng lagi, pendekatan seperti ini dilakukan kerana kebanyakkan kawasan sekitar Sekinchan adalah berada di luar kawasan zon majlis dan ini menyebabkan kurangnya penguatkuasaan dalam memantau masalah sampah ini.

Ketika ditanya mengenai apakah tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu pembuangan beg plastik merata-rata, beliau sering mengadakan program gotong royong bersama penduduk kampung.

Akhbar The Star hari ini melaporkan tentang masalah beg plastik yang mencemarkan kawasan pantai di sekitar Sekinchan.

Tiada ulasan: