Selasa, 14 Disember 2010

Najib sahkan BN terdesak

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita. Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.

"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.

"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.

"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.

Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN telah lama mentadbir negara sehingga Malaysia kini membangun pesat dan dikenali di seluruh dunia. mmg BN yang dapat mentadbir dgn baik.

samm berkata...

kenyataan PM itu tidaklah menggambarkan BN terdesak, sebaliknya itu menunjukkan komitmen PM untuk terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang.

samm berkata...

PR tidak perlulah banyak mengulas tentang BN. lebih baik jika PR fokus kepada pekara yang lebih menguntungkan rakyat. soal siapa yang lebih baik, terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, baik kita tunggu dan lihat. Biar rakyat saja yang menentukannya.

Tanpa Nama berkata...

ada2 sahaja idea PAS memanipulasikan kenyataan pihak lawan. siapa yang menimbulkan tanda tanya itu? dan siapa yang pandai2 buat gambaran seperti itu? semuanya adalah fitnah PAS yang juga dalam keadaan terdesak setelah sedar rakyat mula menolak kepimpinan PAS.

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja kenyataan pihak lawan pasti membuatkan PAS meroyan atau histeria. memang betullah kenyataan PM tidak ada yang layak memimpin negara ini kecuali BN. PAS? negeri kelantan dan kedah pun tidak mampu dijaga dengan baik inikan pula seluruh negara.. jika PAS jadi PM, saya yakin setiap hari kita akan dihiburkan dengan demonstrasi jalanan. mereka tidak akan teragak2 mengajak rakyat turun ke jalan raya malah mungkin sampai keluar negara semata2 untuk menutup kelemahan mereka yang sejak dari dulu tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

Hosie Masie berkata...

Mungkin itu adalah benar. PM memberikan satu kenyataan bahawa BN pasti akan dapat memberikan yang terbaik untuk negara.

nurfatihah berkata...

Minta Najib tampil ke hadapan dan menjelaskan kenyataan beliau supaya semua cerita-cerita ini akan diam. Habis cerita.

Paquin berkata...

Ada saja bahan pembangkang utk jatuhkan nama baik BN..

Paquin berkata...

Apapun saya yakin rakyat cukup matang dalam mebuat penilaian :)

Gopuk berkata...

Setiap tafsiran kepada ayat yang dikatakan tidak semuanya betul, Kadang2 seseorang itu mengatakan sesuatu tanpa mempunyai niat yang berada dalam fikiran kita.

POP berkata...

Kenapalah saling membunuh?