Selasa, 14 Disember 2010

Perkim bukan mahu bersaing dengan Usia di Sabah, kata Lajim

FREE MALAYSIA TODAY


PERKIMKOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke Sabah tidak mahu bersaing dengan badan Islam bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

Pengerusi Perhubungan Sukarelawan Perkim Sabah Datuk Lajim Ukin berkata oleh itu isu pertindihan fungsi atau persaingan dengan NGO Islam sedia ada di negeri ini terutama Usia tidak timbul.

"Matlamat dan hala tuju kita adalah sama untuk kerja-kerja dakwah Islamiah, dan Perkim lebih menumpukan kepada soal kebajikan saudara baru (mualaf) di Sabah di samping kerja-kerja dakwah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan berkata Perkim mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk menjalankan dakwah termasuk soal menjaga kebajikan golongan mualaf.

"Perkim mempunyai pegawai dakwah, guru agama, tempat latihan untuk saudara baru dan rumah persingahan saudara baru, jika Perkim dibenar masuk ke Sabah, sudah tentu apa yang ada di Perkim Pusat akan dapat di bawa ke sini untuk kebaikan masyarakat Islam di Sabah," katanya seperti dilapor Bernama.

Tiada ulasan: