Jumaat, 3 Disember 2010

MPK bakal ambil tindakan atas MCA

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang atau MPK akan mengambil tindakan saman fitnah RM100 juta terhadap MCA berhubung dakwaan parti komponen BN tersebut bahawa majlis perbandaran berkenaan bercadang membina dataran pandamaran bernilai RM9 juta.

Keputusan untuk menyaman MCA dibuat selepas satu mesyuarat Ahli Majlis Perbandaran berkenaan di Klang, semalam.

Beberapa Ahli Majlis menuntut tindakan saman dikenakan terhadap MCA kerana mencemarkan nama baik dan integriti Majlis Perbandaran berkenaan memandangkan dakwaan yang dibuat memberikan tanggapan palsu bahawa MPK membazirkan wang rakyat.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika dihubungi SelangorKini berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai tindakan saman yang bakal dilaksanakan.

“Saya diberitahu MKP akan adakan satu PC hari ini, tetapi kandungan PC saya masih tidak tahu. Untuk maklumat lanjut tentang apa isu yang mereka bangkitkan, boleh bertanya kepada MPK sendiri.

“Secara am, isu yang dibangkit 2-3 minggu lalu, bekas Adun Pandamaran mengatakan bahawa pihak MPK akan membangunkan Pandamaran Square dengan jumlah sembilan milion ringgit. Mereka menyatakan ini pembaziran dan sebagainya.

“Menerusi Ahli Majlis, isu ini belum lagi diputuskan, masih lagi dalam perbincagan awal sahaja, masih awal belum ada angka atau apa-apa, tetapi mereka fikir apa yang dikeluarkan oleh mantan Adun bahawa memberi gambaran kepada orang ramai, kononnya ada salah laku kuasa, pembaziran wang dan gambaran buruk.

“Oleh itu saya fikir MPK telah buat keputusan untuk memberi keterangan yang sebenarnya apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Charles lagi, MCA tidak sepatutnya bertindak melulu mendakwa projek berkenaan dalam peringkat pembinaan di samping memberikan kenyataan yang mengelirukan serta memberikan gambaran bahawa pembaziran atau pun penyelewengan telah berlaku.

“Ini masih dalam perbincangan awal sebenarnya, tetapi macam mana orang yang tidak berkait dengan proses ini boleh tahu nombor sembilan milion, ada gambar dan sebagainya, jadi macam mana dia boleh tau?” soalnya hairan.

Tiada ulasan: