Khamis, 9 Disember 2010

Masalah pusat pelupusan sampah akan selesai

SELANGOR KINI

JENDERAM HULU -Masalah bau busuk terpaksa dihidu oleh penduduk sekitar Jenderam Hulu dan Pinggiran Putra akan selesai tidak lama lagi, apabila pengusaha pusat pelupusan sampah haram berkenaan berjanji akan menghentikan aktiviti pembuangan sampah disitu.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang atau MPS, Foo Weng Fui berkata, MPS tidak boleh menutup sewenang-wenangnya pusat pelupusan berkenaan, namun satu tindakan kompaun telah dikenakan kepada pengusaha.

Pihak MPS telah mengenakan kompoun sebanyak RM1,000 kepada pengusaha yang juga merupakan pemilik tanah pusat pelupusan sampah haram berkenaan.

MPS juga telah membawa perkara itu ke pengetahuan Pejabat Tanah daerah Sepang dan difahamkan tindakan susulan akan diambil.

Tindakan pengusaha pusat pelupusan sampah itu salah disisi undang- undang selain mengganggu ketenteraman awam kerana pusat pelupusan sampah itu menyebabkan bau busuk dan menyebabkan ketidakselesaan penduduk sekitar.

Difahamkan setiap hari, lebih 20 lori sampah yang membawa sisa buangan dari sekitar Semenyih, Bangi, Beranang dan Sepang dibuang di pusat pelupusan sampah haram berkenaan yang beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu.

Tiada ulasan: