Isnin, 6 Disember 2010

Khir Toyo: Bicara segera, saya mahu bersihkan nama saya


SHAH ALAM – Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang berhadapan dengan tuduhan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini menegaskan, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menyerahkan kepada sistem perundangan untuk membersihkan namanya.

“Pada saya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Biar sistem (perundangan) membersihkan nama saya, saya seorang yang percaya pada (sistem),” kata beliau (gambar) kepada pemberita kira-kira 3:15 petang ini selepas membayar wang jamin RM750,000.

“Pertamanya, saya rasakan tindakan (tuduhan) ini ialah perkara yang akan bersihkan nama saya.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kepada sistem perundangan negara. Saya yakin kes ini akan dibicarakan dengan segera, dan saya dapat bersihkan nama saya,” kata beliau.

Kata Dr Khir, sekurang-kurangnya dengan tuduhan hari ini adalah jelas bahawa rumahnya tidak berminat RM24 juta sebagaimana didakwa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: