Rabu, 8 Disember 2010

Kes Dr Ling dibicara Mei tahun depan

MALAYSIA KINI

Kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.

Seramai 16 saksi akan dipanggil memberi keterangan yang akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmadi Asmadi.

NONEPerkara itu dibawa ke hadapan Ahmadi hari ini oleh peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan pasukannya yang terdiri daripada ketua pendakwa, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang lagi ketua unit yang bertanggunggjawab terhadap pembanterasan wang haram, Dzulkifli Ahmad.

Hakim Ahmadi menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan itu selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

* saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

* harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

* tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

NONELing dituduh menipu kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Sept dan 6 Nov, 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Tiada ulasan: