Rabu, 8 Disember 2010

Fajar menyinsing untuk Vell Paari...

S Pathmawathy

Masa depan penasihat Pemuda MIC, S Vell Paari dalam parti itu dilihat semakin cerah selepas bapanya, Datuk Seri S Samy Vellu mengundurkan diri daripada jawatan presiden.

vell paari vellpaariMemang telah menjadi rahsia umum bahawa Samy Vellu telah
menghadkan peranan anak lelaki sulungnya itu dalam parti bagi mengelak tuduhan nepotisme.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Vell Paari (kanan) berkata kini tiada lagi halangan untuknya untuk memainkan peranan lebih besar dalam parti itu.

"Dalam penglibatan saya dalam politik, ketika ayah masih ada, beliau selalu merasakan bahawa orang akan bercakap tentang nepotisme jika saya aktif.

"Petunjuknya agak jelas yang saya kini boleh maju ke hadapan. Masa depan saya adalah dalam MIC dan dalam politik," kata Vell Paari.

Mei lalu, Vell Paari dilantik menganggotai jawatankuasa kerja pusat MIC (CWC) yang juga menandakan permulaan satu 'pemberontakan' terhadap kepimpinan Samy Vellu.

Pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah oleh presiden MIC itu untuk memulakan karier politik anaknya dan memantapkan legasinya sebelum berundur.

Tiada ulasan: