Sabtu, 25 Disember 2010

Kerugian Bakun: Sime Darby saman bekas bos

MALAYSIA KINI

Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ini memfailkan saman terhadap bekas presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, ekoran kerugian dalam projek empangan Bakun.

Turut dinamakan sebagai defenden Datuk Mohd Shukri Baharom , naib presiden eksekutif, ketua pegawai bahagian tenaga Abdul Rahim Ismail.

Subsidiari kumpulan itu yang terlibat menyaman adalah Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Holdings Bhd and Sime Darby Energy Sdn Bhd.

Berdasarkan kenyataan tuntutan, Sime Darby menuntut sebanyak RM92.2 juta sebagai ganti rugi.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Ibrahim & Co.

Ini merupakan saman kedua Sime Darby kepada mereka.

Tiada ulasan: