KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat.
"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatanATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.
"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu adakenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakahperlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar WataniahParlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks SukanGong Badak, di sini Sabtu.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, PemangkuPanglima Medan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim, SetiausahaKerajaan Negeri Terengganu, Kolonel (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah danpegawai-pegawai kanan tentera.
Ahmad Zahid berkata ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranantersendiri, termasuk ketika negara aman.
"Seperti (tentera) di seluruh dunia, dalam keadaan aman ini peranan tenterabanyak bukan saja dalam latihan tapi pertolongan kemanusiaan dan bantuan bencanaalam.
"Tentera kita juga terlibat dalam Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu,"katanya.
Kata kajian pelarasan gaji itu dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi ATMwalaupun tidak kedengaran tuntutan dari anggota tentera.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata mulai tahun depan, ATM akanmelaksanakan Program Jiwa Murni yang melibatkan kawasan pedalaman di seluruhnegara.
"Kita akan terlibat dalam pembinaan kemudahan infrastruktur dan membaikpulih rumah-rumah rakyat miskin yang belum terjangkau oleh agensi kerajaan dalamusaha membasmi kemiskinan.
"Jemaah menteri telah berikan suatu panduan kepada ATM supaya membantukawasan-kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli dan pedalaman di manapihak kontraktor sukar membawa material dan sediakan tenaga kerja di kawasantersebut," katanya.
Menurutnya, ini memandangkan ATM memiliki kemudahan yang diperlukan sepertihelikopter, bot dan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuktujuan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan