Ahad, 12 Disember 2010

JOHN TEO SEPERTI CACING KEPANASAN

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2F1sUVpR1aDttcJfQCl2euL_kwXG7zk3z3nzjs04gIjWpSRH4pr6vThIWfNJ43gcTEowdcgzNyUSOBNFhuEm74_M-9-zGuk_Sa-KM2CbcBFfP9z4TBTeBirkClSG1vXFAiPMITM8JxOXf/s220/john+-+Copy.jpgAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing apabila dikritik berhubung pengagihan peruntukan Adun di kawasan beliau selama ini, lantas dengan penuh emosi beliau memberi penjelasan di dalam blog wakil rakyat tersebut, http://adunn26kualapenyu.blogspot.com/.

Dengan menyertakan apa yang beliau sebut sebagai senarai projek Adun yang telah dilaksanakan walaupun perkataannya sukar dilihat dengan mata kasar, John Teo meminta pengkritik supaya membuka minda dan terangkan hati dan hanya mempersoalkan agehan peruntukan Adun beliau.

Penjelasan beliau itu berikutan teguran Ahli Jawatankuasa Perkasa Sabah, Awang Ramle Mohd Gatie oleh kerana peruntukan Adun telah dinaikkan kepada RM1 juta mulai tahun depan, wakil rakyat itu seharusnya memanfaatkan peruntukan tersebut di merata tempat di Kuala Penyu bukan sekadar memilih tempat tertentu dan hanya menggunakan kontraktor yang mempunyai kaitan rapat dengan beliau.

Menurut Ramle, rakyat mempersoalkan agehan peruntukan itu kerana mendakwa mereka tidak melihat apa projek yang telah dilaksanakan sebelum ini selain Adun tersebut tidak pernah berusaha untuk berkomunikasi dengan ahlli-ahli Umno dan PBS di kawasan tersebut.

"Rakyat tahu apa yang berlaku di kawasan ini tetapi mereka tidak berani bersuara tetapi saya berani membuat teguran sebagai mewakili pengundi dan tiada apa-apa kepentingan, malah saya tidak pernah memohon sebarang projek daripada Adun berkenaan," katanya yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian Kimanis (kini dikenali bahagian Beaufort).

Pemerhati politik di kawasan ini menyifatkan penjelasan John Teo di dalam blog beliau itu sebagai langkah untuk menegak benang yang basah kerana begitu terdesak ekoran rakyat telah mulai meragui ketelusan dan keikhlasan terhadap pengundi yang telah memberi kemenangan kepada beliau pada pilihan raya yang lepas.

"Pokok takkan bergoyang jika tidak ada angin. Orang tidak akan mengkritik jika apa yang dilakukan oleh wakil rakyat mereka adil dan tidak memberi tumpuan di kawasan tertentu saja."

"Kalau beliau meminta mereka yang berani mengkritik membuka mata dan minda, kita fikir sebagai YB dan pemimpin, beliau seharusnya memberi teladan yang baik terlebih dahulu dan bukannya terus melenting dan naik angin," ujar pemerhati politik.

Malah teguran Awang Ramle seharusnya menjadi ikhtibar oleh Adun tersebut kerana rakyat biasa di Kuala Penyu tidak akan berani membuat teguran demikian melainkan mereka hanya menunggu semasa pilihan raya.

Tetapi adakah sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional membiarkan saja sebarang kelalaian atau kecurangan seseorang wakil rakyat dan menunggu satu penggal pilihan raya iaitu lima tahun, baru membuat teguran dan bantahan? Ini adalah satu tindakan yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat yang telah mengundi memenangkan calon tersebut.

Ada juga pandangan mahu wakil rakyat tersebut berundur atau meletak jawatan sebagai Adun lebih awal sebelum tiba musim pilihan raya umum ke-13 sekiranya beliau tidak dapat menerima teguran daripada terus menjadi wakil rakyat hanya kepentingan diri sendiri dan golongan tertentu.

Wakil rakyat sepatutnya berfungsi sebagai mewakili rakyat, mudah dihubungi rakyat, adil untuk semua, tidak memilih buluh, telus dalam melaksanakan peruntukan, beri peluang lebih banyak kontraktor yang layak dan mempunyai hubungan yang baik dengan ahli-ahli parti komponen BN.


22 ulasan:

Bhatera berkata...

Peruntukkan yang diberikan itu haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Jangan disalah gunakan peruntukkan tersebut.

Bujang Senang berkata...

John sebagai seorang Adun dikuala penyu mesti memberikan yang terbaik untuk pembangunan dikawasa tersebut. Jika kita lihat sendiri, peruntukkan RM 1juta itu bukan jumlah yang kecil maka haruslah membuat perancangan yang yang teratur dan tersusun. Gunakanlah peruntukkan itu sebaiknya.

Unknown berkata...

Betul, rakyat tahu apa yang berlaku dikawasan tersebut tapi apa yang sedih mereka(Rakyat) takut untuk menyuarakan masalah tersebut. Maka rakyat sendiri tahu apa yang terbaik dan bukan untuk mereka. Oleh itu, pemimpin harus memberikan yang terbaik jika mahu kekal disayangi oleh rakyat.

zam berkata...

setiap peruntukan yang diberikan perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya.

zam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zam berkata...

kepentingan rakyat harus diutamakan. setiap projek yang dibuat perlulah dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

nickko berkata...

daripada mempertikaikan kritikan itu, lebih baik John Teo menerima semua kritikan2 itu dengan hati yang terbuka dan berusaha memperbaiki diri supaya kritikan2 seperti itu tidak berulang dikemudian hari.

nickko berkata...

sudah tentu rakyat akan mudah melemparkan kritikan sekiranya pemimpin yang mereka pilih itu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik. jangan salahkan pihak yang mengkritik malah hadapilah kritikan2 itu dengan cara yang profesional.

Mohd Ishak berkata...

Tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah untuk menyuarakan suara hati rakyat.

maya berkata...

Rakyat berhak menentukan pemimpin yang boleh dipercayai menjalankan tanggunhjawab dengan tidak bersifat memilih atau berat sebelah.

maya berkata...

Susahlah kalau perangai sebenar pemimpin tidak diketahui rakyat. Kalau hanya disebabkan PRU13 yang sudah hampir tiba, baharu cuba memberikan yang terbaik untuk rakyat, sebenarnya ini sudah terlambat, kerana perubahan yang diingini oleh penduduk dikawasan tersebut tidak diberi perhatian sepenuhnya. Harap peruntukan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memastikan keperluan penduduk diutamakan.

maya berkata...

Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dengan melaksanakan projek keperluan rakyat.

elia berkata...

Itu la kena ada perancangan yang teratur agar semua yang telah digariskan dapat dicapai.

Tanpa Nama berkata...

gunakan peruntukan yang diberikan untuk kepentingan rakyat. pembangunan amat diperlukan terutama kawasan kuala penyu yang masih lagi kebelakang pembangunannya.

Jason berkata...

John Teo should openly accept the critics and learn from his mistakes in order to change for the better.

mandau berkata...

jka diberi amanah tu, laksanakan dgn baik.

kb girl berkata...

Ini YB yang banyak dikritik dalam laman internet.
Apakah beliau memang tidak layak jadi YB?

Unknown berkata...

Mana YB tidak meberi perutukan dana YB kepada kontraktor yang rapat dengan beliau?

Unknown berkata...

Cacing kepanasan? Apa maksudnya?

Unknown berkata...

YB Kuala Penyu banyak dikomplan.
Macam-macam. Sukar dijemput ke majlis atau meeting.

captain berkata...

Jika Teo tidak mampu berkhidmat dengan baik, UPKO kenalah cari calon yang lebih sesuai menggantikan Teo pada PRU akan datang.

Unknown berkata...

boleh tukar YB. Tak kerja dengan baik tukar saja. Tak prlu tunggu sampai genab lima tahun. PRU selalu diadakan sebelem genab lima tahun.