PENAMPANG— Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.
Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.
29 ulasan:
ada khabar angin yang menyatakan Jeffrey akan keluar dari PKR. apa pun, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan sendiri.
diharapkan kerajaan pusat sentiasa berusaha untuk menjamin hak dan keadilan kepada rakyat Sabah dan Sarawak..
harap UBF ni benar2 dpt perjuangkan hak2 Sabahan.
Parti baru ini bertujuan untuk memberi pandangan tentang permasalahan rakyat Sabah dan Sarawak. Harap tiada sebarang kontrovrsi politik lagi.
Jeffery sendiri tidak dapat menjelaskan pendiriannya secara tepat berhubung dengan dakwaan bahawa beliau akan keluar parti. apa2pun abaikan semua itu dan beri tumpuan sepenuhnya kepada usaha2 melindungi hak masyarakat pribumi.
I think it is time for him to pack things up.
saya harap usaha Jefrrey ini bukan atas desakan politik atau sebagai penyelamat karier politik beliau semata2.
Nampaknya JK masih dengan PKR, dia belum lagi memberikan surat perletakkan keluar parti.
UBF ditubuhkan oleh JK untuk memperjuangkan hak samarata antara Sabah dan Sarawak. Apa pun kita nantikan sambutan untuk UBF ini.
kita tengok sampai mana keseriusan Barisan Bersatu Borneo ini untuk memperjuangkan hak borneo, Sabah dan Sarawak.
Eh, bukankah Jeffrey berputus mahu meninggalkan PKR?
Saya rasa macam sukar saja mahu mempercayai Jeffrey.
Berilah dia masa untuk membuktikan bahawa parti baru itu berkesan.
Let us wait and see.
He quits PKR for this, it's a big scarification.
Sudah terlalu banyak parti yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tapi satu pun tidak pernah berjaya menyelesaikan mana2 masalah. Yang mereka tahu hanya bising dan menuding jari kepada orang lain. Tidak ada langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah tertentu.
sya tak faham perjuangan jeffey ni. mcm tak ada pendirian yng tetap dalam politik.
nampaknya Jeffrey belum menetapkan keputusannya sama ada untuk kekal atau keluar dari PKR..
UBF akan bekerjasama dengan mana2 pihak yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk sabah dan sarawak..jadi adakah ini bermaksud, UBF adalah sebuah badan yang bebas dari sebarang aliran ideologi politik?
jika UBF bertindak sebagai sebuah badan bebas maka adalah perlu bagi Jk dan ahli2 UBF untuk keluar dari mana2 parti politik yang disertai..ini adalah untuk mengelak kekeliruaan hala tuju UBF ini dalam memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk sabah dan sarawak.
namun masih terlalu awal untuk menilai..kita lihat perkembangan seterusnya dari UBF..apa yang akan mereka lakukan untuk rakyat sabah dan sarawak?
apa pun, diharap UBF akan benar2 memperjuangkan hak dan keadilan rakyat sabah dan sarawak dan TIDAK akan menjadi 'kuda tunggangan' atau 'alat politik' kepada mana2 pihak..
kenapa Jeffrey tidak gunakan PKR sebagai platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak? atau mungkin beliau sudah hilang kepercayaan kepada PKR?
Biarlah si DJK ni buat apa yang di mahukan...
Idea ni nampak mcm best, tapi bolehkah DJK lakukan??? hhmmm..
Kita kena tunggu dan lihat sajalah nanti. Susah juga mahu komen awal2 :)
Dengan adanya parti baru, rasanya persaingan pasti bertambah sengit. hehe
Apapun, semuanya terpulanglah pada penilaian rakyat. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik utk mereka.
How does this movement wanted to send their message to the people of Sabah?
Is this movement a political or an apolitical movement? why does Jeffrey didn't resign himself from PKR?
more question than answer...
Catat Ulasan