Selasa, 21 Disember 2010

Janji 100 Hari, BN Resah

Ustaz Idris Ahmad

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir.

Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada ‘wayang politik’ bagi menutup kegagalan mereka.

PAS hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.

Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto.

Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.


Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

25 ulasan:

madd berkata...

adakah semua janji yang diberikan oleh pakatan sebelum ini sudah tertunai atau masih lagi belum tertunai? dan kini pakatan membuat janji 100 hari pula.

madd berkata...

bukannya mudah untuk melaksanakan hal-hal berkaitan negara dalam tempoh seratus hari. banyak pekara yang perlu dipertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

janji 100 hari PR ini memang tidak realistik dan hanya janji manis semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

adalah tidak masuk akal untuk membuat sebarang perubahan atau pembangunan dalam masa 100 hari..nampaknya PR masih belum matang dalam hal pentadbiran.

Tanpa Nama berkata...

rakyat tidak harus terpedaya dengan janji PR ini..ianya adalah sesuatu yang mustahil,tidak realistik dan bersifat peribadi semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

PR sengaja membuat kenyataan yang mengelirukan ini dan membawa impak negatif kepada negara..PR harus mengutamakan kepentingan negara dan rakyat dan bukannya kepentingan politik semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

rakyat harus bijak menilai sesuatu yang realistik atau hanya janji palsu..apa2 pun, terserah kepada rakyat untuk menilai.

Tanpa Nama berkata...

memang betul apa yang dikatakan oleh BN. semua perubahan itu akan menjejaskan ekonomi negara. apa yang PAS tahu soal ekonomi sedangkan mereka juga gagal memajukan negeri masing2. kenapa tidak guna 2 tahun pakatan memerintah di selangor, kelantan, kedah dan Pulau Pinang untuk menyelesaikan rungutan2 rakyat? jika 2 tahun memerintah masih kedengaran rungutan rakyat, bagaimana pula rakyat mahu percaya dengan hanya 100 hari?? bukankah ini menunjukkan Pakatan semakin hilang kewarasan sehingga sanggup menjanjikan itu ini semata2 mahu mendapatkan jawatan kabinet, PM dan TPM.

Jason berkata...

Rakyat janganlah senang percaya dengan janji2x yang ditaburkan oleh PAS atau mana2x pemimpin. Rakyat haruslah bijak menilai. Pemimpin gemar berjanji dengan rakyat semata-mata hendak meraih sokongan.

Tanpa Nama berkata...

pakatan ni dah bermacam janji mereka buat tp tak ada pun yg tertunai.

Tanpa Nama berkata...

Menaikkan gaji guru - akan menaikkan gaji semua kakitangan yang lain. bolehkah dalam masa 100 hari mereka dapat sumber kewangan untuk naikkan semua bujet gaji kakitangan kerajaan?

tutupkan Felda plantation untuk kasi kepada genrasi kedua dan ketiga - Peneroka generasi pertama sudah dapat 10 ekar seorang, kini nak kasi semua genarasi kedua dan ketiga dengan menutup Felda Plantation???

rombak struktur subsidi kepada swasta - Ada subsidi kepada swasta itu adalah untuk mengurangkan kos kepada rakyat. Kalau swasta itu tidak dapat subsidi, naiklah harga.

hapuskan tol - akan bermakna mengkenselkan semua perjanjian antara kerajaan dengan syarikat swasta. Kerajaan tak akan ada duit untuk bayar compensation kepada syarikat yang sudah bermodal menyediakan jalanraya.

perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat dikawasan Bandar dan separa Bandar - Berapa billion ni? Telco pun tercungap2 nak mengejar menyediakan perkhidmatan dan mengejar teknologi.

naikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan ke 20% - cukup ka 100 hari untuk tukar perjanjian petroleum?

memansuhkan ISA - tanya Lim Guan Eng. kenapa Lee Kuan Yew tak mansuhkan ISA? Pakatan juga akan menggunakannya kelak.

mereformasikan institusi seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara, dan PDRM - Mereka sendiri tidak menghormati institusi ini. Macam mana mereka nak reformasikan?

Tanpa Nama berkata...

saya tertanya2 dimana letaknya kewarasan Pakatan yang semakin gairah untuk merampas kerajaan. boleh kah mereka melakukannya dalam masa 100 hari? adakah mereka munggunakan pendekatan ketenteraan terhadap syarikat2 yang terlibat? dan bolehkah mereka merealisasikan transformasi itu sedangkan mereka sendiri tidak tahu bagimana mentadbir negara ini tanpa melakukan demonstrasi jalanan???

POP berkata...

Nampakny mereka tidak dapat memenuhi perjanjian.

Paquin berkata...

Biar rakyat yang nilai sendiri.. Parti lain tak perlu lah bising2..

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu & lihat sajalah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Belum cuba belum tahu. Pekara yang tidak mampu dilakukan BN tidak bermakna PR tidak mampu. Ramai percaya begitu.

Tanpa Nama berkata...

Dapatkah semua janji PR dilakukan dalam seratus hari?

Unknown berkata...

Janji ini manis buat ramai rakyat Malaysia, BN kena cari jalan untuk menueteralkannya.

Tanpa Nama berkata...

Janji berani PR tidak pernah dibuat BN. Rakyat Malaysia secara umum menghadapi tekanan kewangan setelah kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti minyak dan gas.
Janji PR menarik hati rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum berkuasa mudah membuat janji.
Apabila hendak mengimplikasikan, baru tahu kesukaranya.

Hosie Masie berkata...

Janji 100 hari??Mula sudah pembangkang mahu menabur janji mais yang tidk pasti dimana kesudahannya nanti. Jika sayalah kan, memang saya tidak akan percaya dengan pembangkang sudah, tengok sendiri 4 negeri yang mereka tadbir apa sudah jadi??Orang melayu tertindas di PP, masalah ari berlaku dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

It's not a waste as long as the projects benefit the people.

tombolo berkata...

janji pembangkang ni bukan boleh percaya sgt. ia langsung tk menggugat BN.

Unknown berkata...

Lebih sesuai ini dikatakan sebagai satu 'goal' PR sekiranya PR berkuasa.

Unknown berkata...

Jika BN memberi pandangan mengenai janji 100 hari, bukan bermakna mereka resah tapi itu adalah kemungkinan2 yang akan berlaku jika 100 itu dijalankan. Sama juga juga dengan pembangkang memberi pandangan tentang 1Malaysia....