KL POS
KL: Dua peguam, M. Manoharan dan P. Uthayakumar hari ini memfailkan writ saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga tahun lalu.
Selain Perdana Menteri, plaintif turut menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keenam.
Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan