Isnin, 6 Disember 2010

Hanya 8 ahli GapS berhimpun, serah memorandum naik MPV

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR - Hanya lapan ahli dari kumpulan ‘baju hitam’ Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GapS) yang diketuai oleh Hamidzun Khairuddin berada di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kumpulan berkenaan.

Kumpulan tersebut sebelum ini, mendakwa kira-kira 2,000 ahli mereka akan berhimpun menyuarakan bantahan mereka mendakwa berlaku penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum berarak ke Istana Negara untuk mennyerahkan memorandum berkenaan.

Bagaimanapun, hanya lapan ahli kumpulan tersebut tiba ke istana dengan menaiki dua kenderaan MPV dan bukan melalui perarakan dari Masjid Jamek.

Difahamkan mereka menggunakan alasan bahawa sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa menghalang lebih ramai ahli mereka daripada turut serta.

Berbeza dengan halangan dan sekatan yang digunakan oleh polis menghalang perhimpunan rakyat menyertai perarakan penyerahan memorandum ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’, GAPS kelihatan diberi kerjasama sepenuhnya oleh pihak berkuasa termasuk memasuki kawasan istana tanpa sebarang sekatan untuk menyerahkan memorandum mereka.

Sebelum itu, cubaan pelbagai pihak termasuk polis dengan mengadakan halangan serta sekatan jalan raya gagal membendung lebih 10,000 rakyat berkumpul di Istana Negara bagi menyertai perarakan ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ untuk menyerah memorandum kepada Istana Negara.

Penyerahan memorandum berkenaan diketuai oleh Menter Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Tiada ulasan: