Selasa, 21 Disember 2010

Ezam: Isu rasuah tidak patut dipolitikkan

Ezam Mohd NoorOleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut.

Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat.

Malah perkara itu, katanya tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pemimpin politik.

"Sejarah negara kita ada orang politik dalam kerajaan tiada rasuah, keluar kerajaan kata ada rasuah. Perkara ini timbul kerana isu itu cuba dipolitikkan.

"Rasuah isu negara dan masyarakat sesiapa yang rasuah mesti dihukum. Saya tiada niat untuk merujuk mana-mana individu tetapi saya menggarap sedikit pengalaman dan memperlihatkan unsur oleh individu yang melawan rasuah tetapi tidak berjuang dengan jujur.

"Jadi rasuah tidak seharusnya jdi isu politik. Tapi ketua pembangkang dan beberapa pemimpin politik lain mempolitikkan perkara-perkara seperti isu ini," katanya yang juga bekas pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (Gerak).

Ezam berkata buku yang mendapat hasil kerjasama dengan penulis Indonesia, Sapto Waluyo itu bakal diterjemahkan dalam bahasa inggeris serta bahasa-bahasa utama dunia.
Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang digantung dewan serta bersikap biadap ketika sesi dewan rakyat Khamis lalu, beliau berkata tindakan mereka disifatkan sebagai meraih publisiti murahan.
‘Perbuatan tidak bertamadun’

Ini menurut beliau, pihak pembangkang cuba mengalihkan isu utama berhubung pembohongan mereka dalam parlimen seperti Apco dan pendedahan laman web antarabangsa, Wikileads.

"Agenda mereka untuk menarik peminat dan publisiti seluruh dunia seupaya tidak timbul isu-isu utama seperti Apco yang diputarbelitkan dan pendedahan wikileads. Inilah isu utama yang perlu dijawab dan dibahaskan dengan tertib tapi mereka tenggelamkan dan peralatkan parlimen.

"Mereka bawa poster dan menggelar mahkamah kangaroo…sebenarnya mereka yang pegang poster itu merekalah kangaroonya.Perbuatan mereka tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab itu harus ditentang keras," katanya.

Pada 16 Disember lalu, dewan rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010

22 ulasan:

madd berkata...

isu rasuah memang tidak wajar dipolitikkan.

madd berkata...

sebaiknya jika semua pihak sama-sama berganding bahu untuk membanteras msalah rasuah. itu lebih baik daripada asyik mempolitikkan semua pekara.

Tanpa Nama berkata...

isu rasuah memang tidak patut dipolitikkan oleh mana2 pemimpin/ahli politik..

Tanpa Nama berkata...

seharusnya semua pihak bekerjasama untuk membasmi masalah ini yang membawa kerugian kepada negara dan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

bila isu rasuah ini dipolitikkan pihak yang tidak terlibat pun boleh terlibat, dan yang tidak benar dikatanya benar.. politik memang banyak menghuru-harakan negara terutama sekali politik pembangkang yang lebih banyak mementingkan jawatan nombor 1 negara serta jawatan2 kabinet berbanding dengan membela nasib rakyat dan negara.

Tanpa Nama berkata...

mungkin segelintir ahli politik mempolitikkan isu ini untuk mengelirukan rakyat dan mengelak dari perkara yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

apa pun, diharapkan isu ini akan dapat dibasmi untuk kebaikan semua.

Tanpa Nama berkata...

lagi pun, jika isu ini dipolitikkan maka isu ini akan berpanjangan tanpa penyelesaian..

Tanpa Nama berkata...

kelakuan pemimpin2 Pakatan dalam dewan rakyat baru2 ini jelas menunjukkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah sehingga membawa unsur2 demo jalanan ke dalam dewan. sikap tidak matang serta tidak profesional mereka bukan sahaja dari segi tindakan malah dalam setiap kenyataan mereka juga boleh dipertikaikan kebenarannya. inilah kesannya jika dalam apa jua situasi atau pertimbangan seringkali dikaitkan dengan politik.

Tanpa Nama berkata...

rasuah mmg perlu dibendung, namun ia tak kini makin diperbesarkan dan dipolitikkan. ia tk seharusnya berlaku.

Jason berkata...

Daripada politikkan isu rasuah, adalah lebih baik jika semua pihak bekerjasama untuk membasmi masalah rasuah ini.

Paquin berkata...

memang tak patut dicampur aduk dgn politik pun.. Nanti tambah kusut ja:P

Paquin berkata...

Semoga isu rasuah dapat ditanggani sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kes yang disentuh pembangkang mesti dikatakan ia sudahn dipolitikan?

Tanpa Nama berkata...

Isu rasuah biar SPRM yang bertindak. Sekiranya terdapat maklumat terjadinya rasuah, lapor dan SPRM akan bertindak.

Unknown berkata...

Ezam yang mempolitikan isu ini.
Mungkin Ezam ada seribu sebab hendak memburuk-burukan bekas boss beliau tapi sebagai pemerhati, tindakan Ezam tidak dipercayai dan tidak dapat dihormati.
Biarlah diam dari bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Rasuah satu jenayah. Bukan isu politik tetapi isu penyalahan undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan rasmi jika ada maklumat berkenaan dengan gejala rasuah.

Hosie Masie berkata...

Jika pembangkang mereka cuma meminta perhatian dari rakyat. Kebanyakkan yang mereka perjuangkan bukan ada kaitan dengan rakyat pun tapi pelbagai isu yang tidak patut-patut. Apa pun rakyat sendiri boleh memikirkannya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Corruption shouldn't be politicized, it should be investigated by the MACC!

Unknown berkata...

Isu rasuah melibatkan kepentingan orang awam, semua orang berhak memberi komen dan kutukan.

Unknown berkata...

Sememangnya isu ini adalah isu bersama kerana tidak kira apa status anda, peratusan untuk anda terlibat dengan rasuah sentiasa ada.... Oleh itu semua pihak perlu bertanggungjawab dalam sama2 menyelesaikan masalah ini.