KUALA LUMPUR – Dua orang rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan tidak dikenali di Selatan Filipina pada Februari lepas dibebaskan hari ini, menurut Kementerian Luar Negeri.
Lai Wing Chou, 33; dan Tsen Vui Chung, 41, diculik semasa bekerja di ladang rumpai laut di Semporna, Sabah pada 7 Feb lepas.
Kedua-dua rakyat Malaysia itu telah disambut oleh Duta Besar Malaysia keFilipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad di Manila selepas tiba dari Selatan Filipina dengan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Polis Kebangsaan Filipina dan Polis Diraja Malaysia.
“Kementerian Luar Negeri menyampaikan ucapan penghargaan di atas kerjasama dari Kerajaan Republik Filipina dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pembebasan Lai Wing Chou dan Tsen Vui Chung,” menurut kenyataan itu lagi.
Lai dan Tsen dijangka pulang ke Sabah Jumaat ini.
Wisma Putra berkata ia berharap kedua-dua mereka dan keluarga masing-masing dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas menempuh pengalaman pahit itu.
21 ulasan:
baguslah jika mereka dibebaskan. ini perkara yg mengembirakan.
setelah sekian lama menjadi mangsa culik untuk dijadikan tebusan, akhirnya kedua2 rakyat Malaysia ini berjaya dibebaskan. pembebasan ini membuktikan kerajaan tidak duduk diam seperti dakwaan pembangkang.
Nasib baik mereka dibebaskan. Harap2x tiada lagi perkara seperti ini berlaku.
penyelesaian atau pendekatan secara diplomatik nampaknya lebih berkesan dan selamat berbanding dengan sekadar menurut kemahuan penculik. tahniah.. saya harap selepas ini kawalan perairan kita akan lebih ketat lagi bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
ya.. pembebasan mereka membuktikan bahawa kerajaan benar2 serius dalam mencari usaha membebaskan mereka. akhirnya, ia membawa hasil.
syukurlah mereka sudah dibebaskan. ini pasti mengembirakan semua pihak terutamanya keluarga mereka.
usaha pembebasan secara diplomatik memang membuahkan hasil. harap selepas ini perairan negara akan dijaga dengan lebih rapi lagi.
Baguslah kalau mereka telah dibebaskan dari culikkan tersebut.
Terima kasih daripada kerja sama pihak berkuasa filipina membantu untuk mencari mangsa culik ini. Tahniah atas kejayaan bersama.
Akhirnya! Moga2x tiada lagi perkara seperti ini berlaku.
Baguslah, at least mereka telah dibebaskan dengan selamat :)
Walaupun hal ni berlaku setelah sekian lama namun kerajaan berjaya membuktikan mereka tidak duduk diam membiarkan rakyat mereka yang kena culik.
Taniah jugalah pada semua pihak yang telah menyumbang dalam usaha pembebasan ini.
Ya Jason, harap lepas ni takda lagi perkara sebegini berlaku.
Apapun saya setuju dgn komen evan medhousky, kalan perairan harus dipertingkatkan.
At last, the nightmare ends, thanks God...
Bersyukurlah kerana dibebaskan akhirnya.
They are safe, that's the most important thing to highlight.
Apa pun, terima kasih dengan bantuan polis kerana berjaya mengesan kelibat mereka.
Hopefully there is no more such thing will happen in the future.
I hope Abu Sayaaf is dead.
Catat Ulasan