Jumaat, 3 Disember 2010

Bekas setiausaha agung PKR nafi keluar surat pemecatan Jenapala

SINAR HARIAN ONLINE

PETALING JAYA - Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan surat pemecatan keahlian bekas timbalan setiausaha agung parti itu S.Jenapala ataupun meluluskan kandungannya.

Katanya, beliau juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk mengeluarkan surat pemecatan itu bagi pihaknya walaupun surat berkenaan mempunyai imej tandatangan digital.

"Ini mungkin hasil perbuatan potong dan tampal tandatangan tangan saya secara elektronik. Saya serahkan kepada polis untuk siasat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Surat itu telah digunakan oleh setiausaha agung PKR sekarang, Saifuddin Nasution Ismail, sebagai bukti pemecatan keanggotaan Jenapala dalam PKR untuk menghalang beliau (Jenapala) daripada bertanding dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Semasa kongres PKR di sini minggu lepas, Saifuddin berkata, beliau menemui surat Jenapala di dalam fail dan tidak mengetahui sama ada tandatangan Salehuddin pada surat itu sama ada ia palsu atau tidak.

Tiada ulasan: