"Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno - KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.
Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.
“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.
“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.
“Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka,” jelasnya.
Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.
“Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka,” katanya.
Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan.
“Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku,” kata Isa. Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa.
11 ulasan:
benarkah dakwaan mereka ni, atau sekadar rekaan sahaja.
dakwaan ini perlu disiasat. mungkin juga benar, dan mungkin juga hanya rekaan.
apa pun, sebaiknya jika menyatakan sesuatu perlulah ada bukti.
This allegation should be investigated.
kenapa tidak dedahkan sekali nama ahli umno yang buat ugutan? takut kena saman kerana buat tuduhan? atau takut sikap kuat bohong pembangkang terdedah?
Tidak tahulah kalau benar dakwaan mereka itu. Apapun, siasatan harus dibuat.
Benar atau tidak kita pun tidak pasti dengan dakwaan ini. Saya sendiri pun boleh cakap, Anwar mengugut saya untuk sertai PR. Mungkin benar dan mungkin tidak. Kecuali saya nampak dan dengar sendiri perkara ini.
dakwaan ini perlu disiasat kerana kita pun tak tau kebenarannya.
Betul ka tidak nie??
Bagus buat siasatan untuk mengesahkan dakwaan bekas ahli umno tersebut.
Semuanya mempunyai hak untuk memilih, tidak sepatutnya berlaku ugut mengugut....biarlah pangkat bersesuaian dengan cara yang profesional...
Catat Ulasan