Seramai 77 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut.
Menurut sumber daripada bahagian penguatkuasa JAIS, pengikut ajaran itu mula memberi keterangan sejak ditahan minggu lepas.
Menurut sumber lagi, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.
Sekiranya sabit kesalahan, kumpulan itu boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Menurut fatwa negeri Selangor, terdapat larangan terlibat, mempelajari atau mengembangkan ajaran Syiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan