Isnin, 15 November 2010

UMNO tidak layak cakap :Faekah

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – UMNO tidak layak bercakap cara pengurusan kewangan, kebertanggungjawaban dan pembaziran dalam Yayasan Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata,Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih yayasan dari kerajaan terdahulu yang tidak diaudit sejak 2005.

Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan selepas Abdul Khalid mengarahkan kewangan yayasan tersebut diaudit dan dikemas kini.

Kalau hendak cakap mengenai cara mengurus kewangan, UMNO tidak layak bercakap mengenainya kerana yayasan tidak di audit sejak 2005. Tidak tahu ke mana keluar masuk duit yayasan. Kami dapati belanja lebih banyak dari yang masuk.

“Apabila Tan Sri masuk Selangor, barulah diaudit dan dapat diselesaikan dan tahun ini baru berjaya mengaudit dari tahun 2005 sehingga 2009 tetapi tahun 2010 berakhir lagi untuk diaudit. Kita kena bersihkan segala saki baki UMNO,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Abdul Khalid tidak tahu mentadbir dan mengurus yayasan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan matlamat sebenar Noh Omar mengatakan Abdul Khalid biadab kerana menggunakan perkataan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kalau beliau berniat hendak memberikan teguran membina, kami menerima teguran itu dengan baik.

Tetapi dalam keadaan sekarang, beliau dilihat seperti menangguk di air keruh, seolah-olah cuba mewujudkan ketegangan di antara Kerajaan Selangor dengan istana,” katanya.

Noh semalam menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab apabila menggunakan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataannya di sebuah televisyen swasta, malam kelmarin.

Menurutnya, sebagai rakyat Selangor, amat menyedihkan dan dukacita apabila seorang berbangsa Melayu malah merupakan menteri besar menggunakan bahasa tersebut kepada Sultan Sharafuddin.

“Bagaimana seorang MB, menggunakan perkataan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Tuanku? Ini akibat terlampau lama berkawan dengan DAP,”katanya.

19 ulasan:

madd berkata...

Kerajaan Selangor sepatutnya bersikap terbuka dan bersedia untuk dikritik.

Bhatera berkata...

Macam-macam saja PR dan UMNO di Selangor. Tapi apa pun, kita harapkan semuanya dapat diselesaikan.

mandau berkata...

tk patut Khalid menggunakan parkatan 'dia' atau 'beliau' kepada Sultan. kerajaan Selangor juga harus bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

Antanum berkata...

Kalau bercakap tentang pengurusan wang silalah mendapat khidmat nasihat dari yang pakar.

nickko berkata...

beginilah cara Pakatan membenarkan yang salah dipihak mereka. setelah rakyat menuding jari kepada yayasan selangor, mereka bukannya memperbetulkan keadaan malah cuba mengalihkan kesalahan mereka kepada parti yang memerintah selangor sebelum ini. jika Faekah Husin tidak menerima teguran umno, bermakna mereka menganggap mereka tidak salah dalam hal ini. parti yang tidak suka menerima teguran/kritikan semata2 untuk mempertahankan pendirian mereka, tidak layak membentuk kerajaan.

nickko berkata...

sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya tahu apa itu protokol.. memang amat mendukacitakan apabila beliau tampil dikhalayak ramai dengan membuat kenyataan yang tidak menghormati Sultan.

Anak Sabah berkata...

Yayasan Selangor janganlah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu pembaziran wang RM300,000-RM800,000 dalam majlis.

samm berkata...

PKR selangor perlu bersedia menerima teguran dan berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan mereka. bukanya cuba menyalahkan orang lain pula..

kb girl berkata...

Rakayt jelas siapa yang rasuah dan siapa yang biadap.

Unknown berkata...

Jika ada kesilapan, semua rakyat ada hak mengutuk salah laku kerajaan Negeri.

Unknown berkata...

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Negeri bawah jajahan PR mencatatkan rekod pengurusan kewangan yang cemerlang dan diakui audit negara.

Unknown berkata...

Saya ingin sokong BN dan Khir Toyo. Tapi saya juga ingin dengar penjelasan dari bekas MB Selangor itu berkenaan rumah umpama istana itu.
Saya tidak faham macam mana dia mampu beli rumah sebesar dan mewah itu dengan gajinya sebagai MB.

captain berkata...

Banyak akan UMNO cakap kerana mereka adalah pembangkang di Selangor.

Unknown berkata...

Kalau tidak pakai 'dia', 'beliau', apa yang sesuai dipakai?

Paquin berkata...

Kalau ya pun mahu mengkriti, agak-agak juga la bah. Jagalah adab sopan supaya tak menyinggung mana2 pihak.

Paquin berkata...

Apapun, cakaplaha apa saja tentang umno... Yang penting bagi saya rakyat bijak membuat penilaian..

Tanpa Nama berkata...

senang saja...ambil yang jernih, buang yang keruh..

Tanpa Nama berkata...

terima saja kritikan dengan positif..jika benar kerajaan Pakatan di selangor menguruskan pentadbiran negeri dengan baik, tidak perlu bising2..

Tanpa Nama berkata...

yang penting biarlah sesuatu kenyataan yang dibuat itu adalah fakta..