Khamis, 25 November 2010

Khir dakwa PR Selangor amal Kronisme

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan mantan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa pentadbiran pakatan rakyat Selangor mengamalkan budaya kronisme dalam pengagihan bantuan kebajikan kepada rakyatnya di ibaratkan ‘Umpama berdialog dengan cermin’.

Faekah berkata, tiada gunanya kerajaan negeri mengunapakai dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” atau MES dan menetapkan tema belanjawan 2011 dengan “Hasil Negeri Untuk Rakyat” jika mengamalkan budaya kronisme.

“Kalau kita mengamalkan budaya kronisme dalam agihan bantuan kepada rakyat miskin dan mengutamakan ahli PKR dan PAS, kita tidak akan menamakan ia sebagai ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ dan ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’.”

Menurut Faekah, dakwaan itu juga sebenarnya mencerminkan dirinya sendiri ketika beliau memerintah Negeri Selangor.

“Kita memberi bantuan dengan melihat kepada keperluan dan keutamaan kepada rakyat dan saya tidak mahu mencabar Khir Toyo untuk membuktikannya, kerana rakyat semua sudah tahu,” katanya.

Sebelum ini, Khir mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bersikap memilih bulu dalam melaksanakan pengagihan bantuan dengan memberi keutamaan kepada ahli PKR dan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP.

Faekah berkata, dengan mandat yang diberikan rakyat, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran kerajaan terdahulu dengan menamatkan episod pemberian bantuan ‘memilih bulu’.

“Sepanjang perjuangan kita, kita berazam mahu menamatkan politik sempit dan bantuan mengikut bulu, kaum dan kronisme,” jelasnya.

Tambah Faekah, sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah membeza-bezakan fahaman politik ketika mengagihkan bantuan kepada setiap penerima yang layak mendapatkan pertolongan dan ini sekaligus menafikan dakwaan Khir bahawa kepimpinan Khalid pilih bulu.

Malah ada antara orang umno yang saya jumpa di kampung malu menerima bantuan dan saya katakan makcik layak menerima bantuan ini, ujarnya.

Tiada ulasan: