Isnin, 15 November 2010

Yayasan Selangor nafi dakwaan seleweng

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Peruntukan RM179,000 bagi menjayakan Pertandingan Memancing sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Tahun Yayasan Selangor tidak termasuk dalam kos majlis makan malam.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki sebaliknya berkata, jumlah tersebut sememangnya sudah diperuntukkan bagi menjayakan program yang diadakan di Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

Menurutnya, program yang juga diadakan bagi meraikan majlis sambutan untuk mengeratkan silaturahim antara sesama kakitangan yayasan dan juga rakyat Selangor.

“Bersempena sambutan ini, yayasan mengadakan program seperti ini untuk mempromosikan yayasan selain eratkan hubungan antara semua.

“Ini kerana, berdasarkan tinjauan kami, ramai yang tidak tahu mengenai Yayasan Selangor, tidak tahu di mana letaknya yayasan dan sebagainya. Jadi, kita lakukan ini bagi mendekatkan yayasan dengan masyarakat,” katanya.

Ilham berkata, pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan 200 kakitangan selain meningkatkan kualiti kerja masing-masing ke arah yang lebih baik.

Tiada ulasan: