UNITED Sabah Bajau Organisation (USBO) kini dalam peringkat akhir untuk mengkaji dan menimbangkan cadangan majoriti ahlinya sama ada untuk menyertai Barisan Nasional sebagai Anggota Bersekutu atau kekal dengan konsep yang sedia ada.
USBO yang sedang dijurutera semula sebagai persediaan untuk menjadi sebuah NGO yang berteraskan Konsep Barisan Nasional dijangka akan membuka ‘pintu ijtihad’ dengan lebih meluas untuk menerima semua kaum bumiputera sebagai ahlinya.
Buat masa ini, USBO hanya menerima ‘Rumpun Bajau’ sebagai ahli, namun jika Pendaftar Pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaannya, USBO tidak perlu mengubah akronimnya kerana huruf ‘B’ yang bermaksud ‘Bajau’ dipinda kepada ‘Bumi’s’ iaitu Bumiputera Sabah.
Dengan membuka pintu yang luas kepada bumiputera, USBO boleh memainkan peranan penting mengekalkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Sabah dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada bekas ahli Ex-USNO untuk menyertai USBO.
Walaupun pindaan perlembagaan masih belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan, namun Ahli Majlis Tertinggi USBO sudah mula menggerakkan jentera sebagai persediaan awal untuk memacu agenda USBO yang akan menerima lambakan sokongan daripada rumpun Bumiputera Sabah yang tidak menyertai UMNO atau parti komponen BN yang lain atas dasar prinsip.
Dalam pada itu, Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said ketika dihubungi melalui telefon tidak menafikan cadangan USBO untuk menimbangkan penyertaan mereka sebagai Ahli Bersekutu Barisan Nasional.
“Kita akan mengkaji segala syarat yang ditetapkan dan jika ia memberi manfaat kepada ahli, kita akan menimbangkannya secara saksama,” ujar Salleh yang tidak mengakui pihaknya sedang mengemaskinikan jentera USBO agar dapat menjadi sebuah NGO dan juga kemungkinan menjadi ‘Parti’ Komponen BN yang berkesan.
Kata Salleh, USBO terpaksa berubah dan meningkatkan daya saing untuk menjamin survival bumiputera di Sabah yang semakin dihimpit globalisasi dan mendepani cabaran yang menghambat mereka, terutama membebaskan bumiputera daripada dijarah kemiskinan yang merantai.
“Kaum bumiputera terpaksa berubah atau nasib mereka akan diubah oleh gerakan emansipasi politik yang tidak menentu. USBO akan memastikan kaum bumiputera berada di dalam landasan politik yang stabil dan meneruskan dasar kerjasama dengan Kerajaan BN,” kata Salleh yang yakin USBO akan menjadi pengimbang politik yang stabil di Sabah.
39 ulasan:
terserah kepada pemimpin dan ahli-ahli USBO untuk melakukan apa yang dirasakan perlu.
Saya berharap USBO akan membuat keputusan yang baik mengenai isu ini.
USBO kena pastikan keputusan mereka benar2 tepat.
Ini satu berita yang baik untuk kita. USBO mahu menyertai BN. Maka ini akan menguatkan lagi BN.
jika USBO menyertai BN, USBO dan BN masing2 akan mendapat manfaat.
sekiranya USBO betul-betul mahu sertai BN itu mungkin satu kebaikan kepada kedua-dua pihak. Apa pun semoga dua parti ini akan dapat berkerjasama untuk memperjuangkan hak bumiputera. Lakukan yang terbaik.
pendekatan Bumiputera lebih bersifat menyeluruh dan saya rasa ia amat berkesan untuk menarik minat rakyat Sabah berbanding dengan pendekatan berasaskan satu kaum.. saya harap perjuangan USBO juga sesuai dengan istilah Bumiputera sebagai salah satu pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing.
setiap parti yang bergiat aktif dalam politik perlu sentiasa peka dengan perubahan sekitar yang sudah tentu menuntut supaya parti itu kekal relevan dan sentiasa mendapat kepercayaan rakyat..
Salam Dialog Rakyat,
banyaknya parti politik di sabah ni...so UMNO mcm mana? boleh ka seseorang itu mempunyai dwi keahlian, iaitu menyertai 2 parti politik dalam satu2 masa?
Adakah kewujudan USBO ini akan merubah landscape politik negeri Sabah? atau hanya panas di daerah kelahirannya iaitu di Kota Belud?
jgn syok sendiri dah la...
ini terpulang dengan USBO. jika semua pemimpin dan ahli USBO bersetuju, tidak adalah salahnya untuk mereka menyertai BN sebagai ahli bersekutu.
Ia terpulang pada USBO. Pastikan mereka membuat keputusan berdasarkkan cadangan majoriti ahli USBO.
Semoga USBO akan membuat keputusan yang baik.
Sertai BN? Mungkin petanda yang baik. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...
Tapi USBO akan meneliti dulu perancangan BN.
Bah tepuk dada, tanya selera. hehe
Sememangya jika USBO join BN pasti BN akan tambah kukuh :)
Jadi USBO kenalah buat keputusan yang terbaik supaya semua pihak senang hati :)
Pastikan keputusan yang bakal dibuat itu dipersetujui oleh semua ahli parti. Barulah puas hati kan. hehe
Apapun, kita nantikan saja keputusan yang bakal dibuat k :)
apa salahnya USBO sertai BN?
saya rasa idea USBO sertai BN adalah perkara yang betul parti tu boleh lakukan. ini kerana ramai pengundi bajau memilih BN dan rasanya USBO sertai BN akan memantapkan lagi barisan jentera di Sabah
bangsa bajau yang menjadi ahli USBO merupakan yang terbesar di negeri Sabah...saya rasa USBO sertai BN pasti mengembirakan lagi ramai pengundi bajau
biarlah USBO buat keputusan sendiri dan tak yah le nak buat spekulasi macam2
yalah bagus juga USBO sertai BN..
mungkin ada baiknya jika USBO menyertai BN sebagai ahli bersekutu..
lagipun, langkah ini akan memberi peluang kepada ahli2 USBO yang tidak menyertai mana2 parti politik untuk mendekati/menyelami dunia politik..
apa pun, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin USBO..harus juga diambil kira pendapat ahli akar umbinya..penjelasan yang terang dan jelas harus diberikan apabila telah membuat keputusan..
membuka keahlian kepada kaum bumiputera lain? amat menarik..
Jika USBO menerima semua rumpun di Sabah sebagai ahlinya, nama ngo tersebut kenalah tukar sesuai dengan perubahan ngo tersebut.
Penyertaan USBO sebagai ahli bergabung BN dapat memantapkan kekuatan BN serta USBO sendiri.
Apakah matalmat USBO ditubuhkan? Samada erti perjuangan USBO bercanggah dengan BN atau tidak?
Kaji dengan teliti latar belakang ahli USBO, jiak kebanyakan mereka adalah ahli UMNO atau sekutu BN, tiada makna bagi penyertaan USBO sebagai ahli bergabung BN.
Tujuan pengenalan ahli bergabung BN adalah untuk menambah rakan sekutu yang engan menyertai parti komponen BN.
Penyertaan NGO atau organisasi yang terdiri dari ahli yang mempunyai keahian parti komponen BN tidak membawa apa-apa impak.
Apa hak atau keistimewaan menjadi ahli bergabung BN?
Terpulanglah kepada USBO sama ada mahu menyertai BN ataupun tidak. Apa-apa pun, selamat berjuang.
Saya sokong dengan tindakkan USBO untuk sertai UMNO. Selamat berjuang untuj penduduk bumiputera.
This is not impossible. Many things happened unexpectedly.
Memang ada kemungkinan itu.
Too early to make any assumptions.
Catat Ulasan