Isnin, 15 November 2010

Speaker ada kuasa larang media buat liputan sidang DUN Kedah


Persidgan DUN Kdah 043Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mempunyai kuasa melarang media daripada membuat liputan perjalanan persidangan DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Timbalan Speaker, Ahmad Izzat Shauki berkata, kuasa tersebut terletak di bawah Perkara 90 Peraturan Dewan di mana terdapat kuasa Speaker mengenai kebebasan media memasuki DUN dan membuat liputan persidangan.`

"Bergantung kepada Datuk Dr Abdul Isa Ismail yang mempunyai kuasa sebagai Speaker sama ada untuk membenarkan media membuat liputan perjalanan dalam Dewan atau tidak," katanya ketika dihubungi FMT.

Ahmad Izzat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Bukit Lada berkata, notis ‘larangan’ itu juga bergantung kepada budi bicara Speaker sama ada hanya untuk sesi ini sahaja atau terus mengekalkannya sehingga sesi akan datang.

"Notis itu hanya sah untuk sidang DUN sesi ini sahaja (sehingga esok). Sama ada untuk terus mengeluarkan notis yang sama untuk sesi akan datang juga terpulang kepada kuasa Speaker," katanya.

Ahmad Izzat bagaimanapun mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kedah kerana mendakwa media melakukan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri seperti yang terjadi dalam isu bantuan mangsa banjir baru-baru ini.

"Kita sudah bagi ruang kebebasan kepada media khususnya arus perdana termasuk mempertahankan tindakan kami menangani isu banjir.

"Namun mereka terus memutarbelitkan isu tersebut dan memfitnah kerajaan negeri," katanya.

Ditanya tentang tindakan tersebut yang dikatakan melanggar Perjanjian Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang mahu mendemokrasikan media, Ahmad Izzat bagaimanapun menafikannya.

"Tindakan sebegini bukan bermakna kita sekat kebebasan media. Kita tidak halang semua. Kita cuma nak elak media menyalahguna dan memanipulasi kerajaan negeri.

Semalam, hanya The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan Bernama dibenarkan membuat liputan perasmian persidangan DUN Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Manakala media TV3, RTM, Berita Harian, jurugambar Utusan, serta portal berita Malaysiakini tidak tersenarai daripada membuat liputan sepanjang sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari bermula semalam.

Malaysiakini, bagaimanapun menurut laporan akhbar The Star berkata pihak kerajaan negeri tidak ada masalah dengan portal berita itu, namun tidak tahu kedatangannya untuk membuat liputan.

"Malaysiakini sepatutnya menghubungi pihak kerajaan negeri lebih awal supaya kita boleh memasukkan dalam senarai," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Helmi Mohamad Khalid.

Namun ironinya, situasi sama turut terjadi dalam persidangan DUN Perak yang lalu apabila petugas media khususnya pembangkang tidak dibenarkan membuat liputan sejak ‘rampasan kuasa’ berlaku di negeri itu.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul speaker boleh melarang media membuat liputan sidang Dun Kedah. Tapi bukankah ini melanggar hak kebebasan media??Mana Anuwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa sekiranya PR menang, kebebasan media akan diberikan??Jadi mana semua itu. Adakah ini hanya kata-kata kosong.

nickko berkata...

"Namun mereka terus memutarbelitkan isu tersebut dan memfitnah kerajaan negeri,"

begitu juga halnya dengan media2 PR. sekiranya benar media umno melakukan pembohongan kenapa MB Kedah Azizan tidak mampu menjawab soalan wartawan berkenaan dengan isu banjir? malah mangsa banjir sendiri yang buat kenyataan.. jadi siapa yang berbohong?

madd berkata...

sepatutnya mereka menjawab setiap isu atau kritikan yang dikemukakan. itu lebih baik.

nickko berkata...

lain kali jangan beriya2 memperjuangkan kebebasan media di Malaysia. belumpun membentuk kerajaan, tetapi sudah bertindak melebihi kerajaan. walau apa cara sekalipun PAS/PR mempertahankan pendirian mereka, malah tidak perlu buat kenyataan panjang lebar, kesimpulannya PR juga tidak mengamalkan kebebasan media..

mandau berkata...

sebelum inipembangkang bukan main mempertahankan kebebasan media. kimi mereka pula yang menyekat media. pembangkang memang suka memutarbelitkan fakta.

Unknown berkata...

Tidak tersangka pula speaker ada kuasa larang media untuk membuat liputan sidang DUN Kedah.

Antanum berkata...

Ini dapat mengelak dari media2 yang tidak bertanggungjwab untuk menhadiri sidang DUN dan maklumat salah tidak akan disampaikan kepada rakyat!

Anak Sabah berkata...

Betulkah dakwaan ini dimana media memutar belit maklumat sebenar?

Anak Sabah berkata...

Ataupun kerajaan Kedah yang takut? Entahlah apa yang betul dan apa yang tidak.

samm berkata...

benarkah media memutarbelitkan isu yang timbul? atau mereka gagal menjelaskan sesuatu isu dan kemudiannya menyalahkan media pula.

Tanpa Nama berkata...

namun rakyat berhak untuk tahu apa yang berlaku di persidangan tersebut..apakah PAS akan terus mendiskriminasikan media?

Tanpa Nama berkata...

jika benar PAS memperjuangkan kebebasan media seperti yang diwar-warkan maka, arus perdana seperti RTM dan tv3 patut diberikan hak untuk membuat liputan seperti Harakkah dan lain2 media pro pembangkang..

Tanpa Nama berkata...

jika benar media memutar belitkan fakta dan memfitnah kerajaan negeri, apa buktinya? yang ada cuma MB kedah memaki hamun media yang disiarkan di berita TV..

Tanpa Nama berkata...

sekarang yang pasti di mata media ialah PAS mengekang kebebasan media..

Paquin berkata...

Saya pun mahu tahu Kharul... ke mana dah semua kata2 manis yang oernah diungkapkan dulu.. (itupun kalau tak silap ingatlah, hehhehee)

Paquin berkata...

Setuju mike.. Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik.