SANDAKAN: Semakin hari semakin hampir kita kepada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi, yang ditetapkan pada 4 November ini.
Desas desus terkini timbul, adakah terdapat perjanjian sulit di antara Ketua Menteri Musa Aman dan calon PKR Ansari Abdullah bertujuan untuk menewaskan Presiden Parti Progresif Sabah, Yong Teck Lee?
Adakah ini sebabnya kenapa PKR berdiam diri berhubung tindakan Musa menolak ajakan Yong untuk berdebat mengenai isu Sabah? Adakah ini juga sebabnya Umno kurang "mempersendakan" Ansari berbanding Yong?
Para pemerhati politik menyoal kenapa kem PKR tidak menyerang Musa kerana menolak cabaran Yong untuk berdebat sedangkan Musa merupakan sasaran utama pembangkang.
"PKR sepatutnya membidas Musa……seolah-olah PKR membiarkan sahaja Musa dan Barisan Nasional (BN) Adakah ini satu helah?" kata bekas ahli politik yang enggan namanya disiarkan.
Ancaman serius
Yong sejak sekian lama menjadi "duri" kepada Musa iaitu sejak pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi. Yong juga menjadi ancaman serius kepada DAP Sabah, rakan Pakatan Rakyat.
Yong mendapat tempat di hati masyarakat Cina di Sabah. Malahan beliau popular di kalangan rakyat, jika di lihat dari perkembangan di peringkat akar umbi dewasa ini, hingga digelar sebagai "taiko" oleh media.
Berbanding DAP Sabah, pengaruh Yong bukan setakat orang-orang Cina. Ketika menjelajah di kawasan Bumiputera Islam ketika kempen PRK Batu Sapi, Yong menerima sambutan hangat.
Maka disinilah terletaknya ancaman Yong kepada PKR, yang dilihat tidak lebih dari pengacau terhadap pertarungan di antara calon SAPP itu dan calon BN, Linda Tsen Thau Lin.
Apa pun yang diperkatakan dengan ragam politik Yong dan kegagalannya pada masa silam, bagi masyarakat tempatan, beliau adalah seorang tokoh yang popular sejak 2008.
Pada ketika itu, beliau menjawat jawatan ketua menteri bertindak menarik keluar SAPP dari kerajaan negeri BN Sabah. Mungkinkah ini merupakan satu ancaman bagi Umno-BN?
Dalam politik Sabah yang sentiasa bergelora, yang ramai dengan "pengkhianat" hingga membawa kepada gelaran "katak", berkemungkinan satu bentuk pemuafakatan yang ganjil tidak dapat ditolak.
Apakah bentuk pakatan Musa-Ansari?
Memandangkan beliau berkawan rapat dengan keluarga Aman sejak 1990an lagi, komen dalam blog bahawa Ansari "dipasang" oleh Musa, dalam kes Umno dan PKR, sekurang-kurangnya pada peringkat negeri, bekerjasama menentang Yong.
Kekalahan yang bakal dialami Yong nanti dilihat sebagai satu anugerah buat BN Sabah dan menjamin kedudukan Musa.
Ansari mempunyai masalahnya sendiri di Sabah. Beliau meninggalkan Berjaya dan menyertai parti baru Umno Sabah pada tahun 1990an. Beliau keluar Umno pada lewat 1990an dan menyertai Bersekutu, parti baru yang dikaitkan dengan para pemimpin Berjaya.
Menteri Luar Anifah Aman, yang sepatutnya menyertai Ansari dalam parti baru itu tetapi oleh sebab-sebab tertentu merubah fikirannya.
Sungguhpun begitu, persahabatan mereka kekal. Nama Ansari selalu dikaitkan dengan keluarga Aman.
Mungkin juga secara kebetulan bahawa setiap kali Ansari membuat lawatan rasmi ke Indonesia, Brunei atau China, Ansari juga pergi ke luar negeri.
Beberapa pemerhati melihat langkah politik yang dibuat oleh Ansari sebagai oportunis. Mereka membuat andaian bahawa hubungan Ansari dengan keluarga Aman adalah sebab kenapa beliau mendapat sokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Ansari tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan wang. Dalam pilihan raya umum lalu, poketnya penuh berisi. Malahan beliau mampu membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda yang baru sekembalinya dari China. Beberapa ahli PKR menyoal di mana beliau mendapat wang.
"Sebab itu ada orang berkata beliau disuap oleh Anifah. Anifah berada di China ketika Ansari juga berada di China," kata satu sumber.
Isu ketaatan
Ini menimbulkan keraguan di kalangan beberapa ahli PKR mengenai ketaatan Ansari kepada parti.
Kenyataannya yang terbaru menafikan adanya pakatan di antara SAPP dan PKR Sabah dan menyatakan PKR sanggup memberi laluan kepada SAPP bertanding melawan BN supaya wujud pertandingan satu lawan satu mengejutkan ahli-ahli parti.
"Apabila Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) meminta Yong menarik diri…..jelas PKR ingin menyertai. Tidak ada sebab untuk bertolak ansur dengan SAPP.
"Jika hipotesis ini benar, maka Anwar harus menunggu sehingga selesai mesyuarat bersama. Apabila kedua-dua parti bertemu mereka bersetuju bahawa musuh bersama ialah BN……dan mereka ingin memecah sokongan terhadap BN.
"Tapi keadaan telah berubah di antara tempuh masa mesyuarat di Penampang dan sekarang," kata sumber dalaman PKR, dan menambah, timbul khabar-khabar angin wang Sabah disalurkan untuk menyokong pemimpin-pemimpin tertentu dalam pemilihan pimpinan PKR.
Sementara itu, ketidakhadiran Jeffrey Kitingan dalam kempen Ansari juga mengibas kuat khabar angin terdapatnya "pakatan Musa-Ansari."
"Jeffrey tidak bekerja dengannya (Ansari)…….dan ramai lagi pemimpin lain yang mengelak bertemu dengannya…..tidakkah itu ganjil?, " soal seorang penyokong PKR.
14 ulasan:
ini semua hanyalah kabar angin, tak tau sejauhmana kebenarannya. perkara biasa dalam politk pelbagai cerita akan timbul.
Itu bukan masalah PKR yang BN dnenga SAPP. Itu masalah peribadi YTL dengan Musa Aman. Lagi tambahan untuk semua. PKR parti yang mendekati rakyat jadi peduli apa mereka BN dengan SAPP bergaduh yang penting mereka meneruskan mempromosiskan PKR. Mereka sibuk dengan kempen mereka. Jadi jangan mahu membuat andaian sendiri berhubung kenapa PKR tidak menjadi batu api kepada kes Musa dan YTL.
Tidak ada perjanjia antara mana-mana pihak, ini semua hanyalah khabar angin yang tidak tahu dimana sumbarnya. lagi BN tidak akan berkerja sama dengan PR dan Presiden SAPP adalah pencabar dari turun termurun di Sabah. yang selalu menganggu ahli tertinggi BN di Sabah.
dalam suasana pilihan raya pasti ada macam-macam cerita atau khabar angin yang akan kedengaran..
"Desas desus terkini timbul, adakah terdapat perjanjian sulit di antara Ketua Menteri Musa Aman dan calon PKR Ansari Abdullah bertujuan untuk menewaskan Presiden Parti Progresif Sabah, Yong Teck Lee?"
Tidak mungkin Musa dan Ansari berpakat sebab matlamat PKR adalah untuk mengalahkan BN. Ini pasti khabar angin.
Kalau berbanding SAPP dengan PKR, SAPP mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengalahkan BN daripada PKR. Oleh itu, tidak hairanlah PKR bermati-matian hendak mengalahkan SAPP. Hanya dengan menewaskan SAPP, peluang PKR untuk mengalahkan BN dapat meningkat.
disatu sudut lagi, Ansari lebih berminat menyerang Yong kerana potensi SAPP menengelamkan populariti PKR. pecahan undi pembangkang amat merisaukan PKR sejak awal lagi.
jika ada pakatan antara Musa dan Ansari, untuk apa Ansari membenarkan dirinya tampil sebagai calon PKR? mungkin dalam media tidak menunjukkan serang balas antara mereka, tapi dalam setiap kempen siapa yang tahu..
buat masa ini, isu ini tidak perlu dihangatkan atau dibincangkan. ianya akan lebih jelas selepas PRK Batu Sapi sampai kekemuncaknya.
Hanya rakyat sahaja yang mampu menentukan kemenangan sebuah parti. Kita tunggu dan lihat rakyat lebih menyokong kepada calon yang mana.
Pilihan raya kecil hanya dua hari lagi. Semoga calon yang terbaik akan menang.
cerita2 seperti ini sukar nak dipercayai.
pelbagai khabar angin akan kedengaran jika ada pilihanraya. tidak lama lagi proses pengundian akan diadakan. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
Keadaan semakin hari semakin panas, diharapkan tidak akan ada peristiwa tidak baik berlaku di batu sapi esok semasa pilihanraya itu dijalankan.
Catat Ulasan