Mennteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau sedia bersemuka dengan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu ADUN Sekinchan itu dipukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lalu.
"Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan...saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya," kata Noh di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.
Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.
Melihat keadaan semakin tidak terkawal, timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie terpaksa segera masuk campur bagi menyelamatkan ahli parlimen BN itu daripada terus diserang. Ronald meminta ahli parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.
"Yang Berhormat...Yang Berhormat...cukuplah...isu ini tidak termasuk dalam kementerian," katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.
Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional
yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.
Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.
Persidangan dewan bersambung esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan