Jumaat, 19 November 2010

Apakah Motif Peguam Terkenal Diserang Dan Dibunuh Kejam?

SEDAKA SEJAHTERA
IPOH: Peguam terkenal G. Balasundram terbunuh selepas dua lelaki bertopeng bertindak berani menyerangnya di luar rumah mangsa di Desha Rishah di sini, Selasa.

Dalam kejadian 5 petang itu, kedua-dua suspek menyerang Balasundram, 57, sebaik sahaja mangsa tiba di kediamannya.

Serangan itu meninggalkan Balasundram dengan 17 kesan tetakan pada abdomen dan beberapa kecederaan lain di bahagian paha.

Dipercayai suspek dipercayai pembunuh upahan telah mengekori Balasundram dari pejabatnya sebelum melakukan serangan di kediaman mangsa.
Publish Post
Isterinya hanya mampu menjerit apabila melihat suaminya seorang peguam ditikam bertubi-tubi oleh empat lelaki bertopeng di depan rumah mereka di Taman Desa Rishah, Buntong di sini kelmarin.

Laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku semasa mangsa turun dari keretanya di depan rumah selepas pulang dari pejabat.

“Isteri mangsa L. Pusphalatha, 48, ketika itu berada di dalam rumah dan berlari keluar setelah mendengar bunyi bising itu,” kata beliau di sini semalam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan oleh seorang jiran yang melihat kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan dan meninggal dunia lewat malam berkenaan.

Polis menolak klasifikasi kes itu sebagai rompakan kerana barangan milik Balasundram tidak diambil oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan pisau Rambo.

"Mangsa meninggal dunia 9.30 malam selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya, sambil menambah polis masih menyiasat motif serangan itu.

Laporan Metro pula menyebut adik ipar Balasumdram, G Rajan berkata:

“Saksi kejadian memberitahu abang ipar saya ditikam 17 kali oleh dua lelaki bertopeng di hadapan rumah ketika dia baru pulang dari tempat kerja.”

Balasundram meninggalkan balu, G. Puspalatha, 48 dan anak lelaki, Somaskanthar, 5 tahun.

17 ulasan:

kb girl berkata...

Tidak kira apa motif dibelakang kes ini, pembunuh dan dalangnya mesti ditangkap dan diadil di mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

diharap penjenayah akan segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan..

Tanpa Nama berkata...

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..

Paquin berkata...

Kesiannya :( semoga si pelaku dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Paquin berkata...

Apapun, takziah pada keluarga mangsa. Banyakkanlah bersabar ya...

Unknown berkata...

Pembunuh ini sangat kejam. Polis pasti dapat mengesan pembunuh dan dalang kes ini.

Unknown berkata...

Motif sebenar mungkin cuma dalang kes pembunuhan kejam ini yang tahu.
Semoga polis selesaikan kes ini dengan segera.

Unknown berkata...

Jika kes ini tidak diselesaikan dengan segera, imej negara akan terjejas.

captain berkata...

Tiada guna kita meneka motif pembunuhan yang kejam ini. Kita tunggu siasatan polis, saya yakin dan percaya pada keupayaan polis kita.

Unknown berkata...

Peguam dijadikan sasaran? Kes ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya.

Hosie Masie berkata...

Mungkin motif akan diketahui sesuadah penjenayah berkenaan ditangkap. Kita tidak boleh membuat andaian tersendiri selagi belum ada fakta yang benar ada.

Tanpa Nama berkata...

kononnya pihak polis sudah memperolehi petunjuk tapi buat masa ini masih belum boleh didedahkan. saya harap kes ini dapat diselesaikan segera..

Tanpa Nama berkata...

kes ini perlu disiasat sehingga pembunuh sebenar dpt ditangkap.

Tanpa Nama berkata...

pihak berkuasa perlu lebih tegas dan serius menangani kes jenayah kejam seperti ini. jangan ada penjenayah yang terlepas atau sekadar menerima hukuman ringan.

zam berkata...

penjenayah tersebut perlu ditangkap dan dkenakan hukuman yang berat. harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Anak Sabah berkata...

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, diharapkan kes ini akan disiasat dengan lanjut.

elia berkata...

Sudah tentu sahaja perasaan dendam dan sakit hati terhadap peguam terlibat. Inila risiko yang harus ditanggung oleh semua peguam. Mereka harus lebih berhati2. Yang berbuat salah harus mendapat hukuman setimpalnya.