Jumaat, 19 November 2010

Facebook laman web paling popular di Malaysia

MEDIA

KUALA LUMPUR: Laman web sosial, Facebook, adalah laman web paling popular di Malaysia pada Oktober dengan lebih lapan juta rakyat Malaysia menggunakannya sebulan, menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA, dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lalu, menyatakan blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain. "Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya.

MDA berkata, laman web berita adalah kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari.

5 ulasan:

Paquin berkata...

Memang popular. Sampai boleh dianggap sebagai budaya popular, kalah poco-poco. hahaha

Tanpa Nama berkata...

laman2 sosial yang semakin popular dikalangan masyarakat masa kini tidak seharusnya dijadikan platform untuk bersuka2 atau berhubungan dengan seseorang semata2. masyarakat boleh memanfaatkan laman ini untuk mempromosikan tempat2 menarik yang ada di Malaysia atau untuk mempertingkatkan ekonomi masing2 dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara `online'.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya Facebook kini makin popular sehingga ada sudah menjadi sebahagian hidup masyarakat masa kini.

Anak Sabah berkata...

Memang popular FB di kalanagan masyarakat Malaysia. Berdasarkan penyelidikan, rakyat Malaysia No.1 banyak kawan di FB. Tidak salah melayan FB, tapi pastikan menggunkannya untuk tujuan yang elok, dan bukan untuk menimbul kontroversi seperti dua pengguna yang menghina Sabah.

elia berkata...

Memang Facebook sangat popular bukan sahaja di kalangan dewasa tetapi juga dari kanak2 sekitar darjah satu sudah mempunyai FB. Selain itu golongan peniagan juga tidak ketingalan mengunakan FB untuk tujuan meluaskan perniagaan mereka keseluruh malaysia dan luar negara. Untuk tujuan yang baik, FB sangat2 dialukan dan untuk tujuan yang tidak baik tindakan pasti akan dikenakan.