FREE MALAYSIA TODAY
KUALA LUMPUR: Penerbangan jarak jauh AirAsia X hari ini mengumumkan tambang sehala serendah RM499 dari Kuala Lumpur ke Paris, destinasi penerbangan kedua ke Eropah selepas London.
Dalam satu kenyataan, AirAsia X berkata, penerbangan tawaran khas itu boleh ditempah menerusi online dari 22 hingga 24 November 2010 bagi penerbangan terus empat kali seminggu di antara Lapangan Terbang Paris-Oly dan terminal tambang murah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Tempuh perjalanan untuk tambang khas itu ialah dari 14 Februari hingga 10 November 2011, kata kenyataan itu.
"Dengan tambang murah serendah RM499 itu untuk perjalanan sehala, perjalanan di antara Asia dan Eropah menjadi lebih mudah dan mampu untuk semua orang," kata syarikat penerbangan itu.
Tempat duduk promosi adalah terhad dan boleh diperolehi berdasarkan "siapa dahulu dia dapat" dan boleh didapati secara eksklusif dengan melayari talianterus www.airasia.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan