UTUSAN ONLINE
PETALING JAYA - Lebih 14,000 rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas berpeluang mendapat pemeriksaan gigi percuma di rumah antara bulan April hingga Julai tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemeriksaan gigi percuma oleh pegawai pergigian kementerian itu adalah bersempena Tinjauan Kesihatan Oral Nasional Golongan Dewasa Keempat 2010 (NOHSA 2010).
"Pegawai kementerian akan singgah ke rumah yang terpilih untuk menjalankan tinjauan dan pemeriksaan gigi percuma bagi mengumpulkan maklumat NOHSA.
"Kita harap mereka yang terpilih dapat memberi kerjasama dan tidak menghalau pegawai pergigian kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Oral 1Malaysia anjuran Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan GlaxoSmithKline (GSK) di sini hari ini.
NOHSA dilakukan oleh kementerian setiap 10 tahun.
Jelasnya, tinjauan itu dapat memberi maklumat terkini tahap kesihatan gigi golongan dewasa di negara ini yang dikhuatiri tidak meningkat atau semakin teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan