Jimadie Shah Othman |
"Jadi, saya ingin menyambungnya dalam lima jilid, iaitu fasa yang dihadapi oleh orang Melayu sebagai bumiputera di Semenanjung ini. Kemudian tentang bumiputera di Sabah dan Sarawak juga.
"(Tentang) bagaimana mereka berkembang menghadapi cabaran ekonomi, sosial, politik, pendidikan, kemudian bersemuka dengan masyarakat lain," katanya.
Menceritakan projek besarnya itu, beliau berkata naskhah sambungan kepada hikayat terkenal itu akan ditulis dalam bentuk moden dan tidak lagi menggunakan gaya penulisan klasik seperti teks asalnya.
Berbeza dengan teks yang dipercayai ditulis pada 1612, Sejarah Melayu versi Dr Anwar akan mengupas sesuatu peristiwa berdasarkan sudut pandang rakyat, bukan pemerintah.
Ia juga akan diwarnai dengan watak daripada pelbagai bangsa dan bukannya kaum Melayu semata-mata, tambahnya yang kini bertugas sebagai dekan fakutlti penulisan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
"Asasnya memang Melayu. Harus difahami, bumi ini asalnya Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi saya juga menyedari realiti tentang peranan penjajahan dan juga perdagangan yang membawa masyarakat Cina dan India terutamanya ke Semenanjung Tanah Melayu.
"Jadi, dalam naratif yang akan saya tulis ini, akan mengambil kira faktor-faktor ini. Juga faktor Kadazan, Dusun di Sabah dan Sarawak," kata pengarang novel terkenal Naratif Ogonshoto, sambil menambah karya itu nanti akan "dipenuhi watak-watak antarabangsa".
Ditanya kenapa Sejarah Melayu menjadi pilihannya, Dr Awar berkata, beliau yakin tema Melayu yang diutarakan dalam hikayat itu akan hidup sepanjang zaman.
"Jadi, kalau saya dapat melihat tema ini, tema bagaimana Melayu menghadapi cabaran, mengharungi pancaroba, saya kira ini akan menjadi cerminan atau juga barangkali pandangan atau pegangan bagaimana masyarakat Melayu melalui menghadapi hari-hari muka," katanya.
Sejarah Melayu – dikenali juga Sulalatus Salatin – merupakan teks klasik paling terkenal di rantau ini. Ia dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi.
Bagaimanapun versi semakan Shallabear, Abdullah Munsyi dan Winstedt paling terkenal.
Hikayat itu dipercayai ditulis pada 13 Mei 1612 oleh seorang pembesar istana, Tun Sri Lanang pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Mu'ayat Syah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan