Salhan K Ahmad (kemaskini 6.43pm) |
Selain melibatkan kos tinggi, langkah berkenaan - yang dibincangkan dalam satu mesyuarat khas antara beberapa kementerian kelmarin - juga tidak berkesan kerana pengguna mempunyai kaedah alternatif untuk mencapai laman-laman yang disekat.
Tindakan ini juga dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk mencari alasan bagi mengawal ruang kebebasan bersuara melalui media dalam talian.
"Ini bukan sesuatu yang kerajaan patut tentukan. Biarlah rakyat sendiri menilai kandungan ini bagi kepentingan mereka sendiri.
"Sekiranya sesuatu maklumat yang dilaporkan itu tidak benar atau satu penipuan, laman itu juga yang akan hilang kredibiliti," kata pengendali Rocky's Bru.
Beliau, juga ketua pengarang Malay Mail, bagaimanapun tidak menolak andaian bahawa kerajaan mampu untuk membuat sekatan-sekatan seperti itu.
"Mereka memang mampu buat. Mereka boleh meminta penyedia telekomunikasi untuk menghalang laman-laman tertentu (daripada diakses). Ini pernah berlaku," katanya lagi.
"Ini bertentangan dengan semangat kebebasan Internet itu sendiri. Secara umum, ini cuma satu bentuk tapisan, walau macam mana pun anda melihatnya.
"Saya tidak setuju kerajaan membazirkan duit pembayar cukai untuk tujuan ini. Biarlah pemain industri (telekomunikasi) dan pengguna menilai sendiri."
"Kalau setakat untuk adakan peluang bagi buka tender baru untuk projek dan buat kajian, saya rasa tidak perlulah.
"Masalah ini (kandungan negatif di Internet) bukan kritikal, banyak masalah lain yang perlu ditangani segera, masalah ekonomi lebih penting," katanya.
Tambahnya lagi, undang-undang sedia ada sudahpun mencukupi untuk mendakwa pengendali media dalam talian yang melanggar undang-undang.
Jelasnya, kesalahan seperti mengeluarkan kata-kata berbentuk hasutan bukan hanya dilakukan di Internet, malah di Parlimen.
"Sudah ada undang-undang sedia ada, mereka boleh guna undang-undang ini untuk dakwa orang yang melakukan kesalahan.
"Kesalahan ini dilakukan di semua tempat, bukan eksklusif di Internet sahaja. Kenapa perlu tuding jari media Internet? Di Parlimen pun ada orang cakap lucah tapi tidak ada tindakan.
"Nampaknya usaha ini terlalu selektif, padahal kesalahan seperti ini juga dilakukan secara meluas, termasuk di dalam media cetak dan elektronik," katanya lagi.
Syed Azidi, yang popular dipanggil Sheih, disiasat kes memasang bendera Malaysia secara terbalik di blognya September tahun lalu tetapi tidak pernah didakwa di mahkamah.
Tambahnya, setiap individu juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas pengendali media dalam talian yang mencemarkan nama mereka.
"Ini menunjukkan kerajaan tidak berupaya untuk menggunakan undang-undang sedia ada," katanya lagi.
Ahirudin, bersama seorang lagi penulis blog terkenal Jeff Ooi, diseret ke mahkamah oleh New Straits Times Press pada awal 2007 berhubung laporan tidak benar terhadap syarikat gergasi media itu.
Pada Ogos tahun lalu, penulis Penarik Beca Abu Bakar Mohd Rashid (foto ketiga) disiasat polis berhubung tindakannya meletakkan lambang kepada anjing di logo rasmi Polis Diraja Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan